Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah :') Hari ni wia dapat roomate baru. Bertukar lagi entah keberapaa kali. Mungkin ini yang last. Hee. Teruja ada, takut ada, sebab bakal rakan sebilik wia kali ni memang agak misteri. Sebab dah tak tengok bilik, langsung booked! Itupun bekas rakan sebilik wia nak berpindah atas sebab tempat letak kereta. >.<
Tak penah penah kan, orang masyuk dan keluar rumah sewa pertengahan bulan. Dan ini yang wia alami hari ni. Hujung minggu yang panjang wia rasa . Hikss. Berdebar debar tunggu siapa bakal roomate katanya. Sebelum tu, wia nak ucapkan berbanyak terima kasih pada ayah sayang yang sudi hadiahkan pada anaknya yang sorang ni. Pelik, hari ulangtahun kelahiran ayah, tapi ayah yang bagi hadiah.
Pagi tadi ayah sms wia, cakap nak topapkaan kredit henfon wia. Oh sangat terharu yang amat :') Terima kasih sayang ayah, ni yang sayang ketat ketat ni. Ok berbalik pada roomate baru wia. Kedatangan nya bersama famili nya petang tadi. Banyak barang dia. Rupa nya orangnya kecik molek macam wia juga :P
Seorang yang berumur 26 tahun. Ima nama timangan nya. Punya terkejut ingatkan ima pelajar UiTM adalah pelajar DEGREE rupanya PHd uoOls. Sangat terkejut bukan kepalang. Pandainya dia. Kalau dibandingkan dengan wia, apa la sangat T_T Desitu nampak jurang yang jauh.
Banyak yang kami bualkan sambil tolong ima bangunkan almari kain tanpa kertas rujukan. Terpaksa 'try and error' dua tiga kali baru ok :) Ima walaupun dah berumur dari wia dan member yang lain, tapi dia nak weouls panggil dia dengan panggilan nama jaa. Lebih mesra katanya. Orang Terengganu.
Malam ni wia bertukar roomate. Cepatnya masa. tetiba teringat ex-roomate. Walaupun sekejap, ada juga kenangan. Ok, ini masanya hari wia bermula dengan roomate terakhir #Mungkin. Kerana wia juga dah nak habis belajar. Sob sob. Amin.. Doakan kejayaan wia. Tinggal kurang lagi seminggu nak menduduki final exam. Huh! Selamat berblogging. Entri ringkas dari wia ;) Psst best la pulak tengok protege Faizal Tahir iaitu Anas Ridzuan. Ada aura dan style gittu :P Mantapp..Opss tetiba pulak. Haha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
walaikum salam, selamat pagi...
ReplyDelete