Saturday 24 March 2012

Pizza Domino dan Kelas Terakhir :')

Assalamualaikum.. Cepatnya masa. Lelah mengejar hingga ke dakwat terakhir insha Allah. Semalam adalah kelas terakhir wia.. TERAKHIR bermaksud ya, ini semester akhir wia. Dan minggu depan takkpun lebih rasa gerun Isnin ni dah mula final exam. Gurlp! Telan air liur pun rasa payah -____-


Tak banyak masa untuk wia menaip panjang lebar kerana masa begitu mencemburui wia. Jadi haruslah curi masa yang tak pernah berhenti berdetik untuk tatapan pembaca blog. #Padahal suka menaip..dan suka berkongsi cerita baru. Kuikuikui.


Semalam kelas terakhir dan disebabkan itu kebetulan, member wia ajak order Domino's Pizza sama sama. Masa tu pun memang tengah lapar. Sedap juga pekena pizza di malam hari. Hikss. Memang kenyang kot, wia guna baucar yang dapat hari tu, akhirnya dapat guna dengan sebaiknya. Suka suka. ! Syukur..


Jadi weouls bertiga, termasuk roomate wia pun makan bersama sama malam tadi dengan rezeki yang weouls order delivery. 30 minit seperti yang dijanjikan sampai depan pintu rumah. Heppi ^___^ tapi sayangnya wia dan dak fifa terpilih menu sama la pulaks. Sama topping. Hadoii cemana boleh tak terfikir. Silap dan nafsu yang buat weouls tak terfikir camtu. Nasib laa.


Wia dan dak Fifa pilih Pizza Extravaganza dan roomate wia, kak Ima pilih BBQ Chicken. Boleh tahan rasanya..

Bersedia untuk auumm ;)


Pilihan Kak Ima , roomate wia :) BBQ CHICKEN.



Pilihan wia, EXTRAVAGANZA :)

Sedap, alhamdulillah :') Kenyang sampai dibawa ke sarapan pulaks. Hee.. akhirnya dapat juga merasa Pizza Domino buat pertama kali. Percuma lagi :P Lepas ni leh cuba lagi la untuk jenis lain pulak. Rasa macam nak try seafood delight pulak lepas ni. Nyum nyum..


Ok selamat berblogging uoOls. Kalau ada masa terluang wia akan ziarah blog uoOls balas kunjungan. yang penting menaip tu adalah kapsul hati wia.. Boleh macam tu.? Lusa je lagi. Dan tulat. Kemudian, boleh la bernafas balik kot -.- " Untuk satu paper muncul seminggu dari tarih paper kedua. Tu dia, berbelit ayat wia uOls nak baca. Kuikuikui. #Sebenarnya nak cerita dah dapat makan Domino's Pizza semalam. Panas lagi, keluar dari oven. Selamat menjamu mata (^_______^)

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi