Thursday, 15 March 2012

Bait Bait MIMPI ;)

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, pagi ni rasa segar seindah sang suria. Wia ingin menaip entri pasal mimpi. Ya mimpi.? Normal la kan, manusia tidur mesti bermimpi. Begitu juga dengan wia ni.  Semalam saja dua mimpi masuk dalam jasad wia. Mungkin kemana mana roh wia merayau. Erkk -___- sesuai ke cakap merayau#


Bermimpi di malam hari, memang menakutkan wia malam tadi. Sebab ada tanda resah, gelisah dan macam lagi. Yang paling wia risau adalah melibatkan ahli keluarga wia.. Memang seram dengan ombak besar, penyakit yang merisaukan dan banyak lagi. Sehingga lah alarm clock yang wia set sebelum tidur semalam berbunyi. Bukan satu tapi dua dua alarm fon wia berbunyi. Tandanya masa untuk bangun menunaikan solat.


Nasib tak berpeluh, mimpi malam tadi. Risau jugak. Orang cakap kalau mimpi tak ingat, kemungkinan perkara tu akan terjadi pada kita. Yang itu, wallahualam wia rasa. Hanya Allah yang tahu. Selesai solat Subuh, memang wia tidur balik. # Buruknya perangai. Cemana rezeki nak masuk kan.? Hidup sebagai pelajar yang kelasnya semester ni kebetulan semuanya sebelah petang. Ini la masanya rehatkan badan.


Kantoi tidur selepas Subuh. Dan kali ni bermimpi lagi. Tapi bermimpi yang indah indah. Juga terselit kelam kabut dalam mimpi itu. Apa yang boleh cakap, hanya Allah yang tahu, apa yang tersirat. Wia mampu berdia yang baik baik saja. uOls pun mesti pernah bermimpi kan.? Yang baik, kita harap menjadi, yang buruk mintak sangat dijauhi. Amin. ~


Moga panjang umur ahli keluarga wia. Amin. Wia sebenarnya tak boleh ceritakan semuanya secara terperinci tentang mimpi wia malam tadi, cukuplah mimpi ni kadang kadang buat kita terfikir sejenak kan.? :) Insha Allah, harapnya ia adalah mainan tidur semata mata. Takut juga terselit sihir yang tak semena mena.


Entri sekitar ingin berkongsi rasa mimpi yang berbeza. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun tau :P Okeylah selamat berblogging semua. Nak tak nak, wia kena siapakan kerja kat kampus, walaupun wia tak ada kelas hari ni. Apapaun wia nak senyum seindah suria hari ni. Teehee :'D

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi