Sunday, 18 March 2012

Selamat Panjang Umur Ayah Sayangg :)

Assalamualaikum. 18 Mac akhirnya dan hari ini genap sudah umur ayah wia tersayang. Encik Zakaria. Sempat wia titip sms buat ayah sayang tadi tepat pukul 12 tengah malam lepas tengok cerita cerekarama 'Warkah Cinta Mat Rock'..

Sesungguhnya mudah untuk wia ingat tarikh hari lahir ayah wia. Sebab kami sama bulan. Hee. # Hint nak bagitau yang bufday wia juga tak lama lagi. Siapa ingat dapat gula gula sebiji. Dengan ini wia nak buat entri khas buat ayah tersayang yang jauh dimata dekat dihati. Nun di Kedah.

Selamat Hari Lahir ayah.
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin ~




Rasa macam nak suap kek dekat ayah saat ni.. Jarang weouls sambut bufday ayah. Selalunya ayah yang akan sambut bufday anak anaknya. Belum pernah lagi wia bagi hadiah pada ayah. Bukan tak mau cuma belum berkemampuan lagi , almaklum la masih lagi sebagai seorang pelajar. Dok celah ketiak ayah lagi. # Maksudnya mintak duit kat ayah lagi . Sob sobs.


Insha Allah lepas ni nak berdikari. Wia pula anak sulong dalam keluarga. Haruslah jadi kebanggaan mak dan ayah. Serius, dah 3 bulan tak balik rumah. HOMESICK sangat rasanya sekarang ni. Nasib dah tak lama dah wia desini.


Insha Allah, balik nanti nak bagi ayah hadiah. hadiah sebuah kejayaan. Syukur ayah masih dipanjangkan umur untuk bersama sama kami, mak dan adik adik selepas kemalangan yang menimpa hampir setahun lepas. Allah masih nak ayah desisi kami :') syukur..


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH SAYANG :') 
sAYaNg sAnGaT ..

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi