Monday 26 March 2012

Selesai Exam Subjek Company Law :'D

Assalamualaikum. Syukur 1 paper dah selesai. Berusaha untuk esok pulak bagi sesi petang. Nota semua dah beress, cuma untuk sesi mengingati laju laju dan memahaminya sebaik mungkin. Insha Allah sempat kerana tadi wia dah habiskan pembacaan di helaian pertengahan. Wia ada lebih kurang 21 jam dari sekarang untuk rangkul semua yang dibelajar untuk semester ni dalam subjek yang dipanggil dalam bahasa omputih, "Small Business Management"....


Setiap subjek ada cabaran nya. paling penting berkali kali wia suka katakan dan ada jugak menaip dalam entri lepas pun, supaya segalanya berjalan lancar. Hanya Allah yang dapat membantu tika itu. Company Law dah pun selesai pagi tadi. Wia puas hati walaupun ada sedikit yang buat wia fening untuk fikirkan semula. Lumrah la kan, menjawab soalan final exam. Haruss laa ada perasaan was was dengan jawapan yang diberikan.



Ok, malam ni fokus untuk subjek seterusnya pulak. Nak nak kak sebilik wia yang ambik PhD ni banyak bagi tips berguna. Suka sangat ! Nak berjaya macam dia juga. Hewhew. Doakan wia juga dapat merasa perit getirnya bergelar pelajar PhD. Tapi wia tak boleh lawan kerajinan kak sebilik, iaitu Kak Ima. Baik orangnya. Murah hati, murah senyuman. Yang penting suka la sebilik dengan dia :')


Rasa nak cepat cepat habiskan paper esok, sebab ada sesuatu yang wia tunggu pada hari lusanya. Jeng jeng jeng. Bagi surprisee dulu. Teehee :D nanti wia update ok.. Sekarang biarlah rahsia dulu, dan ada sesuatu juga yang wia rancang bersama member serumah yang lain. Harap semua menjadi seperti yang dirancang. Amin :]


Ok, wia kena akhiri sesi menaip wia sebab azan pun dah berkumandang tanda waktu Maghrib dan harus menunaikan solat kerana wajib untuk muslimin muslimat yang beragama ISLAM. Selamat berblogging uoOls. Hanya doa dan berusaha yang wia pertingkatkan saat menghadapi final exam . Doakan wia berjaya (",)

Sebelum masuk dewan pagi tadi :')


Oh muka nak ambik paper pertama, Pucat dalam pinky..



Lapangkan dada, mudah untuk wia mengingati apa yang wia belajar, kerana subjek yang wia ambik ni adalah subjek teori yang memerlukan pemahaman yang tinggi. Risau juga sebenarnya untuk subjek esok, psst tapi sempat lagi menaip panjang wia ni..Hikss. Maaf, ini hobi wia.. Kuikui. Terima kasih yang mendoakan wia. Hanya Allah yang dapat balas. Amin. Heppy Selalu (^__^)

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi