Tuesday, 13 March 2012

Redha dan Pasrah :')

Assalamualaikum. Seharian hari ni rasa malas pulak nak mengadap lappy. Lewat sikit baru terasa nak menjenguk, Mungkin ada input baru yang boleh diproses dalam otak. Nampaknya biasa biasa saja >.< " Sehari ni wia habiskan masa dengan membaca buku dan novel. Seronok juga melayan novel sekali sekala.


Tenang sangat hari ni. Walaupun dalah hati serabut, hanya Allah yang tahu. Walaupun cenggitu, wia tetap heppi sebab ada yang sudi menziarah blog picisan wia sekali gus follow blog yang biasa biasa ni. #Terharu :') Serius apa yang wia nak katankan adalah redha dan pasrah adalah dua maksud yang berbeza.


Memang tak dinafikan yang mood memainkan peranan dalam menaip. Sebab tu, dikala mood keriangan wia telah diragut. Entri seperti ni yang akan di PUBLISH kan . Diam seketika. Mencari ayat ayat yang manis untuk dikarang, walaupun ada kalanya tak ada siapa pun yang tergerak hati untuk membaca apatah lagi "komen". Mungkin kerajinan wia untuk berbalas komen pun kian susut. Isk Isk.


Berbalik pada apa yang wia katakan tadi. Redha dan pasrah adalah dua perkara yang berbeza. Jangan sama kan ye. Maksud redha yang wia faham dari apa yang belajar dari menonton Al-Hidayah Jumaat lepas adalah menerima sesuatu ketentuan dengan sepenuh hati manakala pasrah adalah kita menerima juga sesuatu itu tapi kita akan ungkit semula dikemudian hari. Itu yang membezakan..


Terbangkitnya isu ini ada kena mengena dengan wia. Mungkin seseorang itu susah untuk redha denga perbuatan kita, ataupun sesekali cuma pasrah. Menerima dengan hati terbuka itu yang ingin sampaikan. Redha kerana Allah. Bukan pasrah dan kemudian mengungkit itu dan ini.


Memang manusia tak sempurna. Sanggupkah melihat saudara seIslam dengan kita, hipokrit dan plastik. Sebab tu wia lebih suka melihat orang yang menjadi diri sendiri. Bukan berusaha redha, padahal dia sekadar pasrah dengan ketentuan yang berlalu. Itu tak bersyukur namanya.


Okeylah wia dah kosongkan rasa hati. Selamat berblogging kalian. Ingat tau, Redha dan Pasrah berbeza maksudnya. Cepat sangat masa. Cuma sekarang wia rasa ingin bersendirian. Itu lebih baik, dari orang kata kita ni suka bercakap yang bukan bukan. Serius, wia berkecil hati dengan seseorang. Siapa? Biarlah ia menjadi rahsia. Hanya orang yang makan cili akan terasa pedas ~

2 comments:

  1. redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. kan :)

    ReplyDelete
  2. like this page, free??jom folo my blog..best entri2 u..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi