Wednesday, 21 March 2012

Persiapan dan Persediaan Menempuh Final Exam :')

Assalamualaikum. Makin dekat nak final exam ni. Moga Allah berikan wia kesihatan yang baik sejahtera hendakNya sepanjang wia menduduki exam minggu depan saja ni. Rindu pada blog buat wia menjengah ke blog picisan ini untuk berehat seketika bila mana mata naik berpinar menilik helai demi helaian buku.


Member sebilik wia tak berapa sihat. Kerana diserang flu. harapnya wia diberi perlindungan dari terkena virus selsema yang pastinya boleh buat wia tak selesa yang amat. Malah, bila masa nya dah dekat,  badan tak sihat susah untuk tumpukan pada soalan dan otak pun boleh cepat penat dan perlukan banyak rehat dari berfikir.


Sebab tu wia berharap dan berdoa supaya wia diberi kesihatan yang baik. Amin. Uols juga doakan wia ye.  Wia tak pasti ada sesiapa ke yang membaca entri wia ni, tapi yang pasti wia tetap suka menaip, menaip kerana blog la kapsul hati dan luahan hati wia.


Sengaja, mengambil masa malam untuk menaip. Nak hilangkan mood letih mata dan minda :)  Usha dan jalan jalan blog member sebelum tidur. Insha Allah esok ada presentation terakhir untuk semester ini. Moga dapat buat yang terbaik sebelum menduduki exam. Amin ~

Display Picture. Hikss

Khatam buku sampai lebam :')

Berusaha tangga kejayaan :)

Domo -Kun :)

Meja studi wia dekat rumah sewa ;)


Tiada apa yang lebih manis, melainkan dapat buat yang terbaik supaya carry mark dapat full dan paling ok pun dapat markah tinggi. Dan juga saat saat minggu terakhir ni, sempat lagi ada kelas, bagai tiada masa untuk ulangkaji saat terakhir. Sabar saja laa. T_T


Malam ni dan hari ni wia rasa lain dari hari hari sebelumnya. Mungkin mata pun dah naik berpinar. Harap esok lebih baik dari hari ni. Weehuu, rupanya blogger suka ziarah malam malam, wia sempat tengok ramai yang berkunjung time tengah malam. Selamat berblogging wia ucapkan.


Musim nak final exam, mood pun banyak berkisah tentang persedian sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Gurp! Risau dibuatnya. Dup dap dup dap.. Doakan wia :) Ok hanya Allah yang tahu perasaan wia sekarang ni. Mata dah penat cam panda. Otak pun dah penuh. Jom rehat untuk esok. Wish me LUCK ! Fighting ! Bismillahirohmanirrohim..

1 comment:

  1. ganbatte kudasai sis! do your best for your final of the final.. hehee. :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi