Friday 9 March 2012

Shopping Buku Baucar RM200 1 Malaysia :)

Assalamualaikum. Selesai juga 'test dan presentation' COMPANY law wia dan member hari ni :') Dua sekali tu yang rasa nak nangis. Syukur dapat jugak tempuh walaupun hati rasa >.<" Dah makin dekat nak final dah. Tsk tsk. Takut sangat tak sempat.


Sebenarnya tadi belek folder baru wia teringat yang wia belum sempat cerita pasal baucar buku 1 Malaysia. Dah selesai guna atau belum kan.? Sebenarnya ini cerita dua minggu lepas. Keterujaan punya pasal, wia terlepas pandang nak stori pasal ni.


Masa pertama kali dapat pegang baucar baunya rasa macam duit sebenar. Banyak pulak tu jumpalah RM200. Terima kasih sangat sangat pada PM (Perdana Menteri) kita , yang bermurah hati sediakan baucar ni untuk kemudahan pelajar IPTS macam wia ni ;p Yang best tu bukan pelajar IPTA saja, malah pelajar IPTS. Syukur, rezeki dalam mencari ilmu.


Ok berbalik kepada shopping buku. Meh nak tunjuk sikit buku yang wia beli ;) RM100, selamat wia guna masa dating dengan si dear hari tu. Dengan pembelian RM100 dan ke atas dapat kupon RM5 dari MPH Book Store. Jadi buku tu sangat berharga bagi wia. Kena belajar sungguh sungguh. Dengan mahalnya satu, dan ia seakan barang yang bermakna sangat buat wia sebab beli dengan tersayang.


Atas sebab tertentu, wia tak dapat nak habiskan baucar masa keluar dengan dear. Jadi ini yang wia beli masa dua minggu lepas. Hooyeh :') Akhirnya shopping buku terlaksana. Misi berjaya habiskan pembelian buku dengan cara yang berfaedah. Yang bestnya dapat beli peralatan tulis jugak ! :D

 



Untung dan bersyukur alhamdulillah. Tengok, banyak novel yang wia beli kan.? Dua novel dah selamat wia baca. Satu lagi belum berkesempatan. Teehee. Pen kaler warna warni tu  sebenarnya highlight. Belakang pen tu, ada cop dengan corak yang comel. Wia berkenan dan terus beli. Rasmi sekali dua. Insha Allah dekat nak final exam nanti wia akan kerap guna. Sebab kaler nya warna warni ;)


Macam kanak kanak RIBENA tak.? Dah lama kan tak guna pen kaler warna warni ni, lepas tu ada cop corak yang comel. Syukur dah gunakan baucar buku 1 Malaysia yang di amanahkan dengan sebaiknya. Sentiasa peka ye uoOls dan sekalian pelajar, bahawa baucar tu hanya sah hingga 31 Mac 2012 ni saja. Sesiapa yang belum habis guna. Cepat cepat tau ;) Nanti nyesal..



Selamat berblogging uoOls. Cepat dan pantas pulak masa berlalu. Yang penting zaman belajar ni pasti susah nak dilupakan. Wia heppi dan selesai guna baucar buku RM200, sekarang ada kupon RM5 lagi, sebab atas pembelian RM100 yang sebelum ni.. Simpan dulu. Ada masa leh guna beli pen dan liquid atau yang lain lain.


Jom malam ni blogvespaking laju laju. Hilangkan gundah gulana dalam hati. P/s Minggu ni tak pasti lagi nak kemana arah tuju wia. Ada sesiapa area Shah Alam nak ajak wia jalan jalan cari makan.? :]
Kenny Rogers tu abaikan :P Next entry..Hee

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi