Cantiknya suasana yang dibayangkan. Alang alang dah di Shah Alam, memang nak sangat wia jejak kaki di Percint 2 , Putrajaya untuk saksikan sendiri belon panas di udara depan mata kepala. Serius hati rasa membuak nak pi.. Adakah wia ada harapan untuk jejak kaki desana? Bukan wia tak ada kawan dekat sini. Ada tapi kenderaan tu yang tak ada :'(
Kesian kan.? Tak tahu nak luah katmana. Takkan hanya mampu melihat dari gambar. Minta keajaiban berlaku dan wia dapat jejak kaki ke Putrajaya untuk Pesta belon panas ni. Serius teringin sangat nak tengok permandangan yang cantik. Belon kaler warna warni dan pelbagai corak pulak tu >.<" Geramnya..
Nanti kalau dah kat Kedah memang payah dah wia nak sertai. Serius.. kalau ada rezeki, memang besh kan.? Bersantai hujung minggu desana. Syoknya ! dah beberapa kali cakap kat dear, tapi apakan daya. Dear jauh.. hanya mampu sabarkan wia yang kemaruk nak pi Pesta Belon Panas ni. Hukhuk.
Pesta berlangsung semalam lagi, 15 Mac hingga 18 Mac (Ahad). lambat lagi kan.? Sampai hujung minggu ni. Seronoknya sapa yang dekat tu kan.? Tu yang rasa nak jejak kaki ke sana.. Seingat wia dah lama sangat wia tak kesana. T_T
Moga termakbul doa, nak tengok depan mata :') |
Jom sesiapa yang nak ke Pesta Belon tu, sudi kan diri ajak wia. Kecik tapak tangan, satu lautan China Selatan wia tadah :') # Tak tahu kenapa dekat usia nak menginjak 23 tahun ni, perasaan teringin itu dan ini membuak buak. Lumrah mungkin. Dah makin nak matang. Sebab tu, semuanya nak kot.
..Ok malam ni wia nak jejak blog uoOls laju laju..Pesta Belon, Moga rezeki kita bersama. Amin ~
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥