Sunday, 1 January 2012

DreSsing with My Gucci | Sweet 301211.

Selamat Tahun Baru Masihi 2012 buat semua. Syukur dah melangkah setapak lagi ke tahun yang baru. Azam wia dah buat awal awal masa Awal Muharam hari tu lagi ;) Sama jaa kan.? Yang penting niat, usaha dan mudah mudahan apa yang diharap tercapai dan dimakbulkan Allah. Amin.

Semalam hari terakhir 2011 dan sekali gus hari bermakna buat wia. Sebabnya sehari dan malamnya "hang out with my gucci ".. Kalau sesiapa yag baca entri wia yang lepas, mesti dok berteka teki wia pi berjalan jalan dengan siapa kan.? Jawapan dengan my Housemate dan bukan dengan si dear. Kami berdua jauh. Jarang bertemu, sebab tu desini member serumah la member rapat dengan wia. Kemana jenjalan sesama :)


Jom tengok kemana wia pi semalam. Dengan kos yang tak tinggi. Setuju nak ke Sunway Piramid. 35 minit dari rumah jaa. Semangat keluar awal awal dengan harapan nak makan steamboat. Nyum nyum :') Memang dah lama teringin nak habaq mai.. Jom tengok gambar, biar gambar yg bercerita..Hee.

Suka wallpaper belakang ni ;)
Miss My Snowman ;)
Rasa macam dekat "Fraser Hill"..Hikss :D
I LoVe FreSh flower :*
Tercapai jugak sampai "FullHouse"
Teruja dapat snap dengan angry bird, padahal ramai kids yang dok tunggu turn nak snap..Hee. Yang penting sempat :P Remaja ribena sebentar
My Housemate & me in Sunway ;) Love them alOt!!

Al-Kisahnya semalam 301211.. Bahagia sangat. jenjalan ala ala girlish. First time wia pakai dress di tempat awam. Tapi bila pakai ramai ramai cam best dan teruja pulaks. Haha. Banyak kenangan indah yang tercipta. Syukur alhamdulillah :') Malam tu sambut tahun baru lagi dengan depa berdua. Dak fifah dan dak asni. Wia serasi dengan depa berdua ni.

Sama sama sekepala dan suka bergambar..Biasa lettew kan.? ;)  Sebenarnya banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi biarlah jadi koleksi. jarang jarang sekali wia begitu keperempuanan. Bila Dak fifah dan dak asni cakap nak pakai dress. Mulanya malu, tapi lepas tu rasa selesa pulak. Best sangat Sunway pyramid ! Dan nak ucapkan.. Wia heppi dan semoga tahun baru ni beri 1001 kegembiraan dan kebahagian buat kita semua. Amin Ya Rabbal alamin.

"Selamat Tahun Baru 2012 !!" Azam Baru ye uoOls !

1 comment:

  1. teruja tgk wia dgn dress...nmpk ayu tau :-)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi