Pejam celik pejam celik dah pun masuk hari baru. Mulakan hari baru dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. Cukup setakat ini wia bahagia dengan nafas tahun baru. Semangat baru. Azam baru dan semuanya untuk tingkatkan prestasi menempuh alam yang penuh pancaroba. Tapi kalau kita dapat atasi, semuanya tak jadi masalah ;)
Wia nak berkongsi tentang si dear. Tetiba rasa nak kongsi perasaan heppi ni. Macam yang sedia maklum, jarang wia bercerita tentang si dear sorang ni. Tapi bila mana wia sebut si dear tu, bermakna dia orang penting yang bertakhta di hati selepas mak, ayah dan adik adik.
Wia bukan nak berkongsi semua. Sebabnya belum tiba masanya lagi. masih jauh perjalanan. Banyak lagi onak dan duri perlu ditempuh. walau cemana pun. Tahun baru menjelma. Ada perubahan yang wia nampak tentang si dear. Memang jarang dear tunjukkan.
|
My lovely FB..Hee |
Mulanya dari petang yang indah. Masuknya tahun baru 2012.. Si dear telefon. Dan seperti biasa wia jawab. Kemudian si dear ajak berfesbuk. Memang masa tu wia memang sedang online. Terus kami setuju berjumpa di alam FB pulak.
|
Klik Untk tumbesaran ye ;) |
Kalau dah nama pun masuk FB, mesti la tak lari dari berchating. Desini la wia nak berkongsi dengan uoOls! Seperti masuknya awal tahun. Seolah olah si dear ingin mengorat wia semula. Terharu la ! :') Tak sangka. Terasa cinta seakan baru semalam berputik. Cepatnya masa berlalu. Dan momen itu datang semula. Serasa bahagia di pelupuk hati kecil wia.
Alahai sweetnya incik dear wia. Ok entri pagi, entri yang bahagia bahagia gittu ;) Moga ceria dan heppi selalu. Selamat berblogging! Tumpang heppi atas kebahagiaan member member dan famili. Psstt sedang menanti barang dari jauh. harap sampai dengan selamat. Amin. Bestnya bercinta! :$
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥