Wednesday 18 January 2012

Kerenah ManuSia BerKereta ---"

Sebelum ada lesen : Seronoknya tengok orang memandu kereta. Laju. Mudah gerak sana sini. Untunggla depa.
Selepas ada lesen : Susahnya ada kereta ni. Kena servis selalu. Minyak mahal pulak tu. Nak gerak pun fikir 2,3 kali.
Ini fanomena yang wia nampak, dari segi pengalaman sendiri. Kesimpulan yang wia dapat buat, manusia memang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Nauzubillah. #Fakta, wia belum pun ada kereta sendiri apatah lagi lesen memandu. Lesen untuk motor ada la :p Lesen tu awal awal dah ambik sejak form 4 lagi. Lesen kereta memang ayah wia tak galakkan lagi. Tak tau pasai apa. InsyaAllah habis studi ni , nak ambik lesen kereta. Amin.

Memang ralat,bila tengok member sebaya dan kadang kadang junior dah boleh memandu cekap di jalan raya. Di hati kecil, terdetik cemburu positif. Positif tau bukan negatif ;) Bila berjauhan dengan keluarga seperti sekarang, alangkah best kalau dah boleh memandu. Walaupun tak ada kereta, kan boleh sewa. Boleh juga jenjalan bila waktu hujung minggu. Mesti tak la bosan sangat. Cuma mampu berangan angan jaa nak kesana sini. Itupun belum tentu jadi.

Tapi bila wia perasan, member yag dah ada kereta, depa pulak suka dok kat rumah. Ini wia cakap dari segi pengalaman sendiri. Pendapat berbeza beza kan.? Pasai apa depa tak suka keluar. Tak suka jenjalan ka.? Kalau keluar pun sekadar beli barang dan balik. Pelik -____- Memang cenggitu ke kalau orang yang punya kenderaan sendiri. Kalau wia dah kesana kemari dah. Kihkihkih.

Mungkin ada yang suka keluar tapi wia tak nampak kalau dari member sendiri. Ada satu cerita lagi, memandangkan wia sendiri taka ada kereta apatah lagi lesen. Moto pulak tak dibawa kesini. Jadi patah kaki la wia dibuatnya. Nak gerak kesana kesini dengan pengangkutan awam jaa. Satu hari nak minta tolong member yang berkereta, mulanya dia kata okey. Lepas beberapa minit kemudian dia kata tidak.


Sedih memang la sedih. Bukan sekali dua, wia penah cuba minta tolong dia, tapi ada la dalam dua ke tiga kali. Tak sangka, tak penah dia tak tolak. Mesti ada saja alasan. Satu hari mengadu kat si dear. Baru la wia tahu..Mungkin dia jimatkan minyak kereta dia. Tapi bukan sekali, banyak kali kot. Hati mana tak terasa.

Kita member ingat boleh buat kawan. Mana tahu dia nak ajak jenjalan, dan kita pun bukan tak faham. Dah jalan sama sama, nanti kongsi la duit minyak. Rupanya, dia cakap dia tak suka jenjalan. Ok wia dan yang lain faham. Tetiba, dalam FB keluar berjinba dengan member lain, dengan BF dia. Itu pulak apa cerita.?

Nauzubillah, wia bukan nak mengata tapi berkongsi. Memang yang ada kereta berperangai camni eh.? Tapi tak semua kan..Wia ingatkan diri. Setiap orang ada masalah masing masing. Sejak hari tu, wia tak penah minta tolong pun. Biar susah cemana pun. Kalau suatu hari nanti wia ada kereta, wia nak tengok adakah wia juga macam tu..Memilih kawan pun tengok pada tempatnya. Itu yg wia boleh simpulkan.

Harta dunia tak kemana. 
Hanya pinjaman sementara dari Allah.

Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

3 comments:

  1. farysa pun byk kwn mcm tu
    lg baik kita hdup sorg2 selagi mmpu

    ReplyDelete
  2. macam2 perangai manusia ni..

    ReplyDelete
  3. tak semua org cmtu. lain manusia, lainlah perangainya. sabar je la ea.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi