Sunday 8 January 2012

♥ Termakbul Hajatt Untuk Memiliki Smartphone Duit Sendiri :') Syukur Alhamdulillah.

Syukur alhmadulillah :') Tercapai niat semester ni.. Hari ni hari minggu yang bermakna buat wia. Dapat apa yang di damkan selama ni. Termakbul akhirnya..  Ok mulakan cerita. Sebenarnya hari ni wia datings dengan adik sehari ni,Nana panggilan untuknya. Bukan senang nak berdating sama sama ni selalu.

Dah dapat peluang, grab untuk manfaatkan bersama. Wia daan dak Nana berdating serata KL hari ni. Fiuhh ! Nama pun hari minggu memang ramai orang. Nak nak bangsa cina. Al-maklum la CNY dah tak lama jaa lagi. Bayangkan Serdang berjumpa dengan Shah Alam. lama kot tak jumpa adik sendiri ni ;)

Bermula pertemuan pertama setelaah kali terakhir jumpa raya Aidilfitri tahun lepas, lama jugak tu kan. Hehe.. Wia dan dak Nana berjumpa di Midvalley. #Serius cakap tu pertama kali wia pi jejak kaki katsana. Senang ja dari KL Sentral. Makan makan  KFC,kena la belanja sebab ajak dak Nana keluar -___-" dan shoping buku. Lepas solat Zohor pi ke tempat yang wia hajati. # Plaza Low Yatt. Hikss


Pukul 3 petang baru jejak kaki katsana padahal keluar awal juga dari rumah sewa. Jam 9 pagi. Ada la sebabnya..Haha. Merasa empat pengangkutan awam termasuk bas iaitu LRT, Monorel dan KTM. Standard di KL mesti la guna pengangkutan ni kan.? ;) Cepat dan selamat sampai ke destinasi.

Sampai ke Plaza Low Yatt. Kaki dah nak patah kata dak Nana. Wia tetap maintain sebab tu hajat wia kan..#Gelak comei. Kat situ pun ramai sangat orang. Lagi petang lagi ramai. Terus ke destinasi yang dituju aras tiga Plaza Low Yatt. Memang dunia mobile la kan.. Apa lagi, mulakan survey harga dari satu booth ke booth yang lain. Memang semua cantik cantik. Tapi wia tetap fokus pada "Blackberry" Teehee :D

Dah dapat apa yang dihajati, terus pi ATM tekan duit. Tak sabar nak merasa fon baru. Tak gusar lagi, keluar duit dan conformkan beli. Memang idaman laa ;) Cantik pun cantik. Harga berpatutan uoOls. Tak lari bajet wia. Syukur alhamdulillah. Memang pada mulanya wia nak beli Blackberry Bold 2 kaler putih tapi tak jadi atas saranan penjual tu. Kelemahan pada keypad dan body. Terus grab apa yang dia cadangkan. Tawakkal tu Alallah. Deposit RM50.. Tunggu proses itu ini. Kedebuk kedebak kedebuk kedebak..

T A R A A A A A A A A !!!!

My Choice Smartphone - Blackberry Curve ♥

Memang tak rasmi lagi guna. Sedang caj 8 jam untuk ketahanan bateri katanya. Hee. Sampai di rumah sewa pun dah maghrib. Penat sangat. Tapi berbaloii. Sekarang wia sedang menaip pun masih terasa letihnya sebab macam macam berlaku. Semuanya kenangan. Tengss adikku sayang ♥ dak Nana teman kakaknya grab BB . Best dating tadi. Impian wia tercapai untuk memiliki sebuah BB atau Blackberry. Xoxo ♥

3 comments:

  1. bestnyeeeeeeeeeeeeeee :D

    ReplyDelete
  2. wahhh pon baru la hehhe,,,tercapai jugak hajat wia kan,,:D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi