Tuesday, 31 January 2012

Uniknya Buah ni :)

Salam keceriaan ! :) Balik kampung memang tak sah kalau tak makan buah buahan. Buah buhan tempatan ada, luar negara pun ada sempena CNY nih. Kali ni wia nak cakap pasal buah dari pokok yang ayah wia tanam sendiri. Akhirnya setelah 10 tahun wia tinggal dekat Kedah nih, baru tahun 2012 nih buah rambutan ayah berbuah. Memang lama kan.?

Pokok ni depan rumah jaa. Satu satunya pokok milik sendiri. Lagipun depan rumah wia ada seakan bukit sikit. jadi ruang untuk tanam pokok buah buahan agak terhad. Bukan itu yang wia nak coretkan. Cuma nak bercerita, cuti kali ni wia berkesempatan makan buah rambutan dari pokok ayah buat pertama kalinya. Rambutan pokok ayah agak lain sikit sebab seakan buah pulasan. Agak kecik dan tidak berambut sangat. Kontot jaa. Isinya sangat manis. Memang comel dan berbeza.

Wia suka rambutan yang tak berair. Senang nak dikupas kulit dan memakannya. Kalau uoOls rajin, boleh bandingkan buah rambutan dari pokok ayah wia ni dengan buah rambutan biasa. Hee. Bila wia tanya ayah, ayah kacukkan buah atau tidak. Ayah cakap dak. Memang suatu keajaiban ;)Cuba tengok rambut yang kontot tue.. Kiut!

Buah rambutan pokok ayah yang iras buah pulasan ;)
Wia sempat makan 4 biji rambutan ni.. Memang puas hati. Buah buahnya memang masih kemerahan dia atas pokok. Geram jaa tengok. Tapi mak ayah dah agih agihkan buah pada jiran tetangga dan ada yang dimakan tupai.. Buahnya makin berkuranagn sikit. Tapi rezeki Allah sentiasa ada. Nikmat :')

Psst upah topik sat, tadi dapat berita dari incik dear..berita yang tak besh sikit. Wia anggap tu sebagai moral of stories. Jangan terlalu berharap akan sesuatu dengan harapan yang tinggi. Nanti pasti kecewa bila apa yang diharap tak menjadi. Alahai macam sesuatu jaa kan cara penceritaan wia. Ada masa wia berkongsi dalam blog ni sebab munasabnya dan ada kena mengenanya dengan berita dari incik dear..

Jom jolok buah rambutan yang comel² tue ;) Ni masanya makan puas puas sebelum balik Shah Alam lusa. Cepatnya masa berlalu. Selamat berblogging.. Sedih tak dapat blogwalk dan balas komen laju²..Hmm ---". Makan la buah buahan untk kesejahteraan tubuh badan okies (^^)d

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi