Monday, 9 January 2012

Terliur Buah Buahan Tempatan :)

Tetiba tekak ni terasa nak makan buah buahan. memang musim buah dah dekat nak sampai ke penamatnya. Kalau dapat merasa manggis, rambutan, durian dan buah buah temnpatan yang lain pasti nikmat ni ;) Wia suka makan buah. Siapa blogger yang suka makan buah..? Mesti ramai kan. Buah kan sedapp sebab ada rasa yang unik bagi setiap buahan buahan tu.

Depan rumah wia kat Kedah, ayah ada tanam pokok rambutan 5 tahun lalu. Baru tahun ni berbuah. Sayang seribu kali sayang, ia berbuah masa wia kat rumah sewa. Alahai cam mengidam pulak nak makan buah moktan# singkat loghat Kedah buat buah bernama rambutan . Sebab buah rambutan pokok ayah agak pelik sikit. Kaler dia merah kehitaman. Tapi dah masak. Saiznya pun agak kecil sikit. Masa wia bercuti semester lepas, buahnya baru nak berputik.


Satu lagi pokok amra orang Kedah panggil. Tapi yang biasa orang panggil adalah buah kedondong. Sedapp dibuat jeruk. Aduhai terliur dah ni. Dibuat menicah pun sedapp jugak. Teehee. Memang terasa nka makan buah laa. Durian pun sama. Tiap tiap malam mesej dengan mak, mesti mak cakap tengah buatkan cucur Durian kat adik adik lelaki dan ayah. Sedappnya.! Sebabnya dah banyak buah tak termakan, tok selalu asingkan buah dari kulit ke dalam satu bekas, Jadi boleh la dibuat cucur durian. Memang conform menyelerakan la ;p

Buahan buahan ni kan selain boleh dimakan cenggitu jaa, ia boleh juga dibuat macam macam jenis lagi. Seperti jem nenas, jem rambutan, cucur durian dan banyak lagi lerr. Alangkah best dapat menikmati buah buahan time camni. Memang nikmat ! ;)


Pulasan pun wia teringin nak makan saat ni. Pulasan ala ala rambutan tapi tak ada bulu rambut cam pulasaan. Isi dia pun maniss. Ayah ada tanam di kebun tanahnya. Memandangkan dah lama tak jenguk kebun, entah cemana la agaknya rupa tanah yang penuh dengan semak samun =D

Tak boleh jadi ni, nak cari buah buahan jugak hari ni di SACC Mall. Hikss. Buah kan baik untuk kesihatan. Cuma wia kurang makan buah pisang dan betik. Tak tahu pasai apa. Bukan tak makan langsung, tapi tak berapa. Okey, amalkan makan buah buahan ok ;) Selamat berblogging.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi