Friday, 30 April 2010

ღ..ConteSt SenyuMan PaLing Menawan..ღ

Salam buat blogger dan follower kiut miut daku:)
petang nie aku cuma teringin nak masuk dalam contest yang 
dianjurkan oleh cik penganjur  Chentazetty
 :Syarat2 contest niey:
1)contest nie terbuka untuk semua peringkat umur. (yup,,aku leyh join!)
2)Sekeping gambar je (GAMBAR ANDA) :DONE:
3)gambar mestilah senyum yang memang ikhlas
Senyum lebar & max..:DONE:
4)gambar BERSEORANGAN :DONE:
5)mestilah menjadi follower miss chentazetty :DONE:
6)Sediakan entri khas contest ini dalam blog u all n link kan kepada  Cik Chentazetty :DONE:
7)tag kan kawan2 anda minimum 4org :DONE:
-kak DahLia-
-Kak Beba-
-Sugar2 kapas strawberry-
-Kak shimawar-

Tarikh penyertaan tutup pada..20 mei 2010..


Contoh pitcha senyum paling menawan.... 
(letakkan sticky pic ini sekali di n3 kite) dan 
explain knapa suka senyum :DONE:


Petama yang buat aku teruja sebab contest niey just memerlukan "senyuman"..korang penah dengar x?..senyumlah pada dunia..dan maka dunia akan tersenyum pada korang ..ngee* niey gambar aku yang senyum tahap maxima sebab senyuman niey ikhlas dan berbunge-bunge sangat pabila aku rasa sangat heppi sebab dapat kejutan bufday aku yang ke-21 bulan Mac lepas..
dan xlupe jugak dalam Islam menyarankan umatnya memberi senyuman..kerna bukan sahaja sebagai pemanis wajah malah adalah satu sedekah..Jadi..aku hadiahkan senyuman kiut miut niey untuk join contest nie..
korang...jom join ramai2..!! pada yang kene tag.Sila la join yek.


Salam senyuman menawan dari saya ---> (n__n)
serius aku amat heppi rinie..salam Jumaat semua ^^
--;-;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Thursday, 29 April 2010

ღ..RahSia JaRi..ღ

Salam kiut miut sahabat rakan dunia bloggerku..
Sedang daku menCari ketenangan untuk apa yang berlaku rini..
aku penuhi dengan membaca dan godek ilmu di alam maya..
Malam nie nak kongsi rahsia jari kita..Jom teroka dan renungilah apa yang aku nak tulis nie sebagai tatapan kita semua..ciptaan tuhan memang unik..:)
 ..keyh pergi kepada rahsia jari yang aku akan kongsi yek..

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari  yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kite.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,try korang perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, korang sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah korang??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari korang yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?
 
Nota buat semua--->malam nie line celcom merajuk tahap max
mengalahkan aku sebab langsung xleh call..msg boleh pulak..erkk..heran??
..Dunia..Donia..wOrld..tapi apapun kawan2..aku sayang jari jemariku:)
 
--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

ღ..PeRasan Ku..ღ

Salam petang dari bayu bumi Selangor buat semua...
Semasa aku menulis n3 nie aku cuma  merasai aku bingung..
nak sedeh tapi sesuaikah aku..nak nanges pun rasa tak jugak..cuma keadaan aku sekarang buat aku tak puas sebab tak dapat luahkan
emosi dan ekspesi apa yang aku rasa..
Apa yang aku rasa sekarang adalah perkara dalam dunia pabila dalam hubungan persahabatan yang ada pasang surutnya..walaupun kita baik cemana pun dengan kawan-kawan nie tapi mereka kan tetap manusia biasa..
Itu je "statement" yang sesuai untuk sedapkan hati.Memang rasa cam nak membenci orang sebegini..tapi cam tak mampu pulak..
tapi nak rasa marah baik aku diamkan diri..
korang..camana la perasaan korang pabila kawan baik sendiri yang kemana-mana bersama..tapi mengumpat korang dalam terang..maksudnya camnie..Baru je tadi aku balik kelas last untuk sem nie tepat pukul 4.30 petang tadi..dan bukan itu yang aku nak luah cuma aku terkilan,,pelik,,terasa dengan dengan perangai manusia yang dimana kawan-kawan rapat aku di kampus..
paling aku terkejut diorang ngumpat dalam kelas dengan tulis padam pada sehelai "surat cinta" aka surat gossip ngumpat..
tapi kalau nak ngumpat xkan la..terang tang tang depan aku kot adik2 oii..
sedap kan bahasa aku untuk diorang..sebabnya diorang masih muda ngan aku 2 tahun..huhu* dan ekceli diorang panggil aku akak..
tapi ntah ler..cenggini rini kan hari last class dan cam biasa dapat la tau "carry mark" kan..dan bermula kat situ ada suara2 sumbang yang xsedap didengar..

Kononnya ada yang TERlebih markah dan kononnya jugak diorang pulak TERlebih kurang..erkk boleh pulak luah tak puas hati pada pensyarah cenggitu.Mesti la ada sebab munasabab buat pensyarah letak markah..tak kan semua salah kot adik2 oii..huhu!
masalahnya dalm kelas tue da group..dan dijadikan cerita aku xsama markah ngan diorang..daan mereka ckit aku banyak..dan secara tak sengaja pulak aku nampak adik2 oii nie dok sedap ja tulis itu dan ini mengenai kami..hoihoi..
bestnya kaw tulis yang sedap2 bila baca cam panas ja tapi depan aku kot..
cover2 la kalau nak gossip atau ngumpat tapi itula..aku nampak maka dengan serta merta aku labelkan mereka adalah kawan opss adik2 oii yang biadap dan kena hati2 nagn diorang..mana taknya..selama nie aku dok ber"geng" dengan diorang ntah apa lagi la diorang dok ngata.Sabar je la hati
dan apa yang boleh aku kata..sekarang aku hanya boleh lihat dengan mata kasar,,senyum dalam hati dan fikir ngan waras..sebab apa??!
sebab anggap je lar diorang dengki ngn group aku yg markah lebih..
dan kalau org dengki..kawan sendiri pun leyh kianat kan?..
Serius aku takkan rasa cenggini kalau aku tak nampak tadi..dan aku pun tak kecik hati kalau diorang nak ngumpat diam-diam..tapi sebijik nampak apa yang ditulis depan mata..hmm hampanya..! tegarnya diorang..tapi xnak la nanges atas perbuatan orang yang biadap senang crita plus hasad dengki..huhu.Sabar,,sabar dan sabar hatiku syg..Allah sayang org yg sabar..
tapi aku xsangka!! huaaaaaaa)))))))))...
kenapa perlu tulis bukan tentang aku dan group aku?..
asal kaw tulis depan aku..buat dek bila dah kantoii..
aku nampak aku tegur beb..siyes!! aku nampak dan spontan aku tujukan pen pada tulisan diorang..senyap! tapi aku dah hampa..hampehh! 
dengan mood dan perasaan xmenentu..
aku nak habeskan n3 nie dengan sesuatu..
malam nie di masjid kampus aku akan adakan solat hajat sempena nak
final exam mulai 3hb Mei depan hari Isnin..
malam Jumaat yang indah..aku xkan ikutkan perasaanku ini..
cuma aku rasa kecewa,kecik hati dan hampeh dengan kawan sebegini..
nasib sorang lagi tak join group gossip plus ngumpat diorang..
kalau x..habes la.Hancus hatiku sahabat..
Sekarang sesungut cumil sengat di perutku..erkk..
tapi dah setengah jam menaip n3 dah makin kurang setelah minum air asam jawa yaang disarankan rakan sebayaku ikut petua org tua2..(".)
Alhamdulillah makin baik dari tadi..

nak maghrib sudaa..mungkin lepas nie hati dan perasaan nie tidak punya perasa untuk mereka yg bergelar adik2 oii..noktah.
Jom sama2 tenangkan fikiran daan lupekan apa yang terjadi walaupun kelat pahit untuk ditelan sebegitu saja.
kawan2 blogger..perasaan aku macam batu.kenpa xnanges?heran laa..
O.0..hukhuk.moga semuanya cepat berlalu..harapnya~


--;--'-{@
~Dawia honeyputri~

Wednesday, 28 April 2010

ღ..Rasa Hati MenCeritakan..ღ

Selamat malam pada reader dan follower blog kiut miutku:)
Alhamdulillah semasa cik empunya blog nie menaip n3,,baru je selesai lepas gian pada kuew tiow bandung yang dah berbulan xmakan..maka dikena pulak air tangan tukang masak tue marvelOus..sedap dan nikmat ler dinner aku tadi..blurp..opss! maaf..simptom kenyang erkk biasa la kan..(cover line) ngee*
maaf sebenarnya bukan la nak cite pasal makan..
cuma nak kongsi ckit pengalaman dan aktiviti rini dengan 
korang kenkawan dunia maya blogku..
dekat2 nak exam niey..class dah makin xda dah..rini pun cuma 1 kelas tapi sekejap je dalam sejam..dan kemudian ramai2 tangkap gambar sbg kenangan sebab kelas last dah sem nie sebelum exam bagi kelas Princple Of Management.
Yang bestnye lecturer sporting..dia yang nak bergambar siap dah gtau awal2 lagi..hikhik.Tapi disebakan aku xbawa kamera..xleh ler upload skrg..
Jadi,,kena tunggu la sampai member atau lecturer upload dalam buku wajah..hihi* baru leh tgk hasilnya..menawan ke gedik..ngee* gurau je.
mau xmau..nak xnak dah nak dekat final exam dah aku..
dan budak & geng aku yang study IPTA dah habes pun siap sekarang dok santai2 kat umah lagi..jelous douw..hukhuk*
tapi xpe lepas jer habes exam 10 hari..cek pun nak balik kedah dah noh..
haa..keluaq loghat Kedah dah =)


Seronoknya rini hanya Tuhan yang tau..
mungkin hatiku tenang dan jiwa tak kacau..maka dengan itu aku akan study lepas je taip n3 nie..lalalalala~ Jom join sekali !!
banyak lagi nak kena cover..sonok pada mereka yang dah cOotie..
Pada adex ku yang dah balik umah semalam,kamain dah masuk dapur masak..
mak cakap dia yang excited..mungkin dah bosan makan kedai cam aku sekarang..kat ostel nie cam susah nak masak..(susah ker malas?) errkk..
dua2..hihi.Sebabnya..xsempat kot dan beli je untuk jimat masa..
Sekarang betul2 rasa tenang..hati rasa ceria seindah lagu yang aku baru ubah tadi* njoy dis song keyh..dan tolong jangan tanya apa2 lagu pun..sebabnya dah maleh nak jawab untuk keberapa kali.."harap maklum".
Orang ada cakap hidup akan indah kalau berkongsi..yup:) memang pun..
tapi alangkah indahnya jugak kalau ia menjadi terapi diri untuk dijadikan 
santapan sendiri..dan "sharing is caring"..rite?
tapi xsemua kawan2 ku..sebab blog nie adalah tersirat tersurat hidupku..
yang tersirat tetap xtersurat kalau x diluah
dan yang tersurat tak bermakna xde siratnya..kan? ^^
maaf andai terkasar bahasa..(",)


Nak kongsi jugak apa yang aku nampak masa g cafe tadi beli kuew tiow bandung..mmg cantik dan unik tau.Aku nampak ciptaan Ilahi Rabbi..
Malam dengan bulan penuh dan langit cerang terang benderang ditambah seri dengan 1001 bintang yang berkerdipan indah..terpesona aku dengan ciptaan cakerawala yang unik dan indah.Tersenyum bahagia..serius aku suka tgk bulan bintang..tambah2 ia ada kena mengena dengan kenangan..
kenangan dalam kenangan yang xkan lupa selagi jasad dikandung badan..
koranggggg ))))))) aku heppy rinie...
mOga berpanjangan hendakNya..jugak aku menadah tangan memohon padaNya atas nikmatnya ini yang buat aku merasai apa itu kehidupan yang sempurna bahagia tanpa masalah..syukran dan alhamdulillah Ya Allah~
Rahmati daku dan keluargaku..aku bersyukur Ya Ilahi......

Moga kalian jugak bahagia rakan blogku !
Nota buat tersayang--> Rest secukupnya ye dear..ilysm(:
.:.Selamat Malam dan Salam Ceria.:.

--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

ღ..Menang Hadiah..Yippy!..ღ


Salam kiut miut buat blogger sekalian..moga ceria selalu..
rinie nak kongsi 3 kemenangan yang aku dapat:)
semuanya aku tau bila buka blog petang smalam..dan diusha2 kat cbox yellow mellow aku tue tgk2 da msg  dari Kak TTT..dia cakap nak redeemkan hadiah yang aku join contest gagak hitam ri2..hehe topup Rm10..beshnye! 
terima kasih kak TTT sygs!

kemenangan ke-2 dari Kak Yana..dari contest yang aku join dalam My Beday Family beberapa minggu lepas..yeay..! dapat tempat kedua..beshnye!! keadaan penulis rasa nak melompat-lompat dengan hati2 berbunga2..hikhik~
xsambar nak dapat cenderamata ngan link banner sebagai hadiahnye :)





tempat ke-2
menang...menang dan menang lagi!!..teruja sesangat..
mungkin ini dikatakan rezeki dan tuah badan..^^
Beshnyer! dan mmg rasa hepi bangun pagi nie..hehe
kemenangan aku yang ke-3 pulak dalam hari yang sama..Kak Wan yg tinggalkan msg di blog aku dengan berita gembira jugak..yippy!!
katanya aku pemenang Wansteddy Giveaway yang dianjurkan blog Kak Wan
nak tengok hadiah..leh pegi blog kak wan disini
dan nak tunjuk ckit..tara!!!
*
*
*
*
*
hadiah-hadiah yang bakal aku dapat..ngee:)

Cumil-cumilkan hadiah tue..lalalala~ hikhik.Dalam giveaway nie aku dapat tmpat ke-2 jugak.ngee* dan kepada ketiga2 pihak penganjur saya ucapkan terima kasih atas kesudian memberi hadiah kemenangan pada saya..dan dengan hati riang saya terima dengan hati terbuka..dan nie yang buat aku semangat nak join giveaway dan contest lagi ^^ 
kerna nak menang dan menang lagi hadiah menarik yg ditawarkan..ngaaa..



hope nak menang semua giveaway dan contest aku join..walla!
pagi nie rasa semangat dan bangun dengan penuh kecerian dan senyuman berpanjangan..rinie nak senyum selalu dan moga perasaan ini berpanjangn..
waitin my present..! dan disebabkan dah nak balik..tunggu sampai kat umah ler..hehe* dah pukul 8 15 pagi dah..jom sarap  kenkawan blogger semua..makan roti dengan milo mocha;) selamat berblogwalking rakan sekalian..
Nota buat tersayang--> liyana dah selamat sampai ke umah ^^
si dear..slmt bekeje utk awak (:
nak ceria selalu..walla! hikhik 
current status:
lagu dalam blog aku dibekukan seketika..sunyi lak kan?
--;--'-{@
~Dawia honeyputri~

Tuesday, 27 April 2010

ღ..7 Perkara dapat Warna Warnikan Hidup..ღ

Salam pembuka bicara buat blogger semua..
petang yang hening nie aku nak kongsi pulak 7 perkara yang perlu kita displinkan diri..Pabila melakukan konsep ini dengan sama rata adil dan saksama, korang berpeluang membina kehidupan yang lebih seimbang. Samada korang sesiapa pun,,konsep ini boleh digunakan oleh sesiapa saja yang ingin melaksanakan matlamat hidup..
Apabila korang dapat mengimbangi ketujuh-tujuh perkara di atas,korang akan dapat merasakan kenikmatan yang berpanjangan..kalau ikut konsep nie ler..insyaALLAH.. 
Kerohanian
Korang yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini berpeluang beribadah. Bukan itu sahaja, korang juga mempunyai masa menghadiri ke kelas-kelas agama, mengaji al-Quran dan menentukan kawan-kawan dan ahli keluarga turut sama menyertainya. Malah, korang mempunyai aspirasi dan moral yang tinggi iaitu suka menghulurkan bantuan dan sentiasa melakukan kerja-kerja amal. Mempunyai kadar toleransi yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah serta mempunyai pendirian yang teguh, antara perkara yang dapat dilalukan. (nak amal berterusan)
Kekeluargaan
Masa yang berkualiti adalah masa yang dihabiskan bersama ibu dan ayah serta adik-beradik.Korang yang mengamalkan konsep ini mempunyai matlamat lebih mengutamakan kasih sayang, hormat-menghormati, ikhlas dan sentiasa membantu dalam apa jua masalah yang dihadapi. Apa yang penting, kejayaan yang dikongsi bersama kerana korang tidak pernah tamak dengan segala kurniaan Allah. ( famili first dan jugak org2 tersayang ^^)
Kesihatan
Kesihatan penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya kita bertenaga, banyak perkara dan matlamat yang boleh dilaksanakan. Paling penting ialah masa untuk bersenam. Selain menyihatkan badan, dapat jugak meningkatkan minda yang cergas. Bagi yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini,korang akan jadi seorang yang pandai membahagikan masa dan tahu tentang pemakanan yang sihat, diet dan gaya hidup yang positif. 
(insyaALLAH akan ku praktik kan)
Kewangan
Dari aspek kewangan, korang yang mengamalkan konsep ini merupakan manusia yang pandai menghargai nikmat hidup, tidak kira besar atau kecil pendapatan mereka. Memandangkan korang pandai menguruskan wang yang dimiliki,korang juga sentiasa berkongsi semua keuntungan dengan ahli keluarga yang lain. Maka dapat juga bijak merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan baru untuk proses penimbunan sambil mengekalkan modal untuk menjana pendapatan melalui perubahan kehidupan.. 
(betul tue..sokong sgt! )

Kerjaya
Dengan mengamalkan kod tata susila yang positif dan bekerja menuju ke arah produktiviti, konsep keseluruhan insan dapat mengajar seseorang mencari pengetahuan dan kemahiran melalui kerjaya mereka. Golongan ini gemar mengambil bahagian dan menyumbang kepada industri dan profesion masing-masing. Maka korang juga mempunyai kelakuan yang profesional dalam menjalankan tugas harian..( time study pun dah kena praktis nie)
Perkhidmatan
Pengamal konsep keseluruhan insan ini sentiasa menyumbang masa, tenaga dan kepimpinan serta kewangan kepada masyarakat, persatuan-persatuan bukan kerajaan, badan-badan amal dan institusi-institusi pendidikan secara sukarela tanpa mengharapkan keuntungan.
Pendidikan
Gemar hal melibatkan pemikiran dan kemahiran baru merupakan tabiat yang diamalkan golongan ini. Korang juga suka mendapatkan idea-idea baru yang dapat membantu diri dan keluarga memperbaiki taraf kehidupan yang diidam-idamkan..(mudah2an..dan dengan pendidikan seseorang itu dihormati)
Korang2..jom kita amalkan konsep ini,xmustahil kita akan mencapai kehidupan yang seimbang. Apabila semuanya dapat dilakukan dengan seimbang, ia bermakna kita juga akan mengecapi kebahagiaan menerusi kewangan, jasmani dan rohani. Apa saja dugaan yang dilalui, kita akan menempuhinya dengan tenang..InsyaALLAH..


nota buat tersayang--> rinie adikku liyana dah gerak balik kampung bercuti sem..moga selamat sampai ngah:)
--;--'-{@
~Dawia honeyputri~

ღ..Pesanan Rasulullah buat Wanita..ღ

Salam buat sahabat donia blogku ^^
pagi nie nak kongsi info buat kaum hawa iaitu wanita mengikut pesanan nabi yang kita cintai iaitu Rasulullah s.a.w

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNoXzXYndHgks8CjKWG3RFIB1C9yBw5zuccnP4SsnlnYG0xw4JN7uWxMmi-YzXbQhzRfntAzdwiZKib7oGv4IpAGywOaK2IQq-MWxb2PWYWsJwtdCVZ4YrIWGy7hdc8GHDLJSwrHIo83A/s1600/wanita.jpg

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)


3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.


4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).


5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)


6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).


7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 

 
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.


10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. 

 
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.


12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.


13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  
Bersyukur menjadi perempuan yang bergelar wanita suatu hari kelak jika dipanjangkan umur..mudah2an..kepada kawan2 blogger selamat merenungi pesanan Rasulullah s.a.w buat kita semua..
:wallahualam:
Semoga hari nie hari yang indah buat anda semua=)

--;--'-{@
~Dawia honeyputri~

Monday, 26 April 2010

ღ..Quiz yang ditanda kak AidaComei..ღ

Tag 8 people to do this Quiz..
xmo tag sesape..lalalala~

1.What have you been doing recently?
baca n3 terbaru rakan blogger
 2.Do you ever turn your cell phone off?
kalau majuk ngan si dear tapi skrg dah langsung x.hihi
 3.What happened at 10am today?
baring2 sambil dengar lagu.Al-maklum kelas xde..ngee*

4.When did you last cry?
masa 1 hari tue..bertarikh 22 April
 5.Believe in fate/destiny?
destiny..
 6.What do you want in your life now?
ingin menjawab final exam dengan mudah dan lancar! 
dan harap dilancarkan perjalanan balik kampung nnti:) 

 7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
mesti la bawak kalau masih kat ostel tapi bila dah xbawa..redah je^^

8.What's your favourite thing to do on the bed?
mendengar lagu feveret..berangan! ngaa

9.What bottoms are you wearing now?
xmo jawab..lagipun ada org ambik tau ke?!
 
10.What's the nicest things in your inbox?
banyak..terutama kata manis dari si dear dan sahabat sejati*
 11.Do you tend to make the relationship complicated?
mmg selalu aku buat..tapi skrg xbuat dah.nyesal dow!
 12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
yup..tudung dan baju mak:)
sangat suke tukar2 baju dan tudung dengan adikku nana dan mak 
sebab kami bertiga lebih kurang je saiz..sharing is caring gurl!

 13.What was the last movie you caught?
Adnan Sempit
 14.What are you proud of?
Segala2nya tentang diriku..kerna
ini anugerah ternilai dari Sang penciptaKu ^^ 
 
15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Sesumpah disumpah menjadi sesumpah,Sesumpah bersumpah agar menyumpah sesumpah yang yang bersumpah kepada sesumpah,Sesumpah disumpah agar menyumpah.Sumpahan sesumpah kepada sesumpah yang bersumpah kepada sesumpah disumpah agar menyumpah sesumpah yang umpah sesumpah disumpah dan dipanggil sesumpah..wink;)
 
16.What was the last song you sang out loud?
Fareast-Menanti di Barzakh*
 
17.Do you have any nicknames?
dawia honeyputri
wieya
honey
awie 
debab

 18.What does the newest text say and from who?
"weya..nota management dah buat ke?"..dari Fatin (classmate)
 19.What time did you go to bed last night?
 12 lebih..xawal xlewat
 
20.Are you currently happy?
yup,,selepas segala2 aku teramat heppi dan bahagia dengan dunia dan hidupku sekarang..! alhamdulillah:)
 21.Who gives you the best advise?
mak ayah pertama
dan kedua si dear..
3 org nie yg aku percaya dalam hidup nie adalah penasihat terbaik ku
 
22.Do you eat whipped cream straight from the can?
xpenah..tapi ingin mencuba..mesti seronok habes! walla.
 23.Who did you talk on the phone last night?
mak tersayang..dalam pukul 12 tgh malam..
bercerita itu dan ini..gossip panas..zassS 
 
24.Is something bugging you now
tak..
 
25.Who was the last person to make you laugh?
sahabat lama..hazmi! merapu tue gelak sakan..

yeay!! seronoknya dapat jawab tag kak aidacomei..hikhik 
nanti wieya nak jawab tag yang lain pulak dari kak aidacomei=)


--;--'-{@
~dawia honeyputri~

ღ..Syukur Atas Segalanya..ღ

Salam terindah buat teman-teman  dunia blogku,,
Alhamdulilah pagi nie aku masih boleh bangun dan bernafas melihat dunia yang penuh warna warni dan punya keagungan tersirat yang dalam oleh Sang penciptaku,,Allah yang Maha Esa..
sesungguhnya aku menadah tangan memohon doa agar nikmat ini dapat daku kecapi pada hari2 mendatang..amin* mudah2an..

selepas post n3 last mengenai tok wanku..kini berita terbaru yang mak gtau,tok wan dah makin ceria lepas pegi hospital malam tue..dan selesai diperiksa dan dimasuk air..dalam pukul 2.3o pagi,,tok wan boleh
  dibawa balik umah..ayahku,,pak tih dan tok menemani tok wan.Alhamdulillah tok wan tak kena tahan wad:) berita gembira lagi,wan kembali ceria dan dah mulai selera makan sikit2..dan wan terpaksa pakai beg plastik ape ntah aku pun tak tgk lagi,,tapi kena pakai la untuk mudahkan wan buang air..ksian tok wan aku:(tapi sekurang2nya wan xseksa nak buang air kecil..cuma tiba2 air kencing dah penuh kan..erkk mungkin letak tiub kot..
Tak dapat aku bayangkan camana tapi itu semua dari apa yang mak aku ceritakan..Jadi boleh la menarik nafas lega..lepas 2 minggu wan kena jumpa pakar..harap xde ape2..amin~
Semalam outing g redah ke ronda ek perkataan sesuai tapi yang penting semalam mmg sehabis-habisnya jalan sampai kaki kejang..hikhik*
sempat lagi posing dalam bas^^

Tujuan utama nak beli tiket balik umah..dan disebabkan Puduraya tengah renovate,,jadi kena la pegi Bukit Jalil..mula naik bas dari kampus aku sampai KTM (Keretapi Tanah Melayu) Sg.Buloh dalam pukul 10.oo pagi camtu.Pastu gerak ke KL central..katsna jumpa adik ku study kat UPM.Memang rancang nak jumpa katsna..makan KFC..baru gerak g Masjid Jamek naik LRT ngan member aku sorang lagi,Jecy=) pastu beli tiket nak ke Sri Petaling untuk pegi Bukit Jalil..nasib xberasak sangat..org pun xramai keluar hujung minggu semalam.
Sampai je,,terus beli tiket bas untuk balik kampung nnti..1st time jejak kaki kat Bukit Jalil dan penempatan tempat beli tiket amat selesa ^^
dan kini tempat tue makin sesak akibat bas yang silih ganti keluar masuk  menggantikan Puduraya yang terletak di pusat ibukota Kuala Lumpur.
Pastu naik LRT patah balik ke stetion Hang Tuah sebab nak g Berjaya Time Square..kat sana la dalam perjalanan nak balik LRT rosak dan stuck ktsana
agak lam la jugak..waktu tue jam menunjukkan pukul 3.10 petang..
MySpace
nak naik monorel takut lambat sampai ostel..jadi jalan penyelesaian naik teksi setelah agak 20 minit menunggu LRT yang berfungsi buat sementara waktu tue* tapi ada lagi dugaan pabila teksi mmg banyak lalu lalaang jalan tue tapi hampeh susah nak berenti..ramai yang tahan tapi semuanya laju je tak berenti coz ada penumpang dalam teksi-teksi tue.Agak lama selepas itu,ada la sebuah teksi yang berenti..teksi Saga kot nak pegi Masjid Jamek..cepat2 aku ngan Fatin tumpang sekaki..hahaha:p kena la jugak ambik kesempatan yang ada sementara sempat.Kalau tak..lambat lagi ler..

ok kalau LRT semua stuck habes la ramai yang tergendala.tak tahu sampai bila..nasib tambang teksi kami naik tak mahal..cuma RM6.00 je..jadi kongsi sorang RM3..dan lepas tue cari bas balik kampus laa,..ngaa.2 jam dalam bas dan terumbang ambing dengam ragam manusia.mmg letih habes..
serius jauh kampus aku ngan KL sampai naik bs 2 jam baru sampai meh..
dalam bas kejangnye kaki sb jalan banyak:( lapar pulak tue..
tapi yang penting tiket bas dah beli..lepas tue dah tekad xmo naik tren mahupun LRT balik kmpung nnt..tapi nak naik bas rapid kL (shuttle bas) RM2.00 je dari Puduraya-Bukit Jalil atau Bukit Jalil-Puduraya..
itu la sebaik2nya..huhu* seksanya nak balik nnti..
3 bas kena naik.pastu,huaaaaa T__T

mlas nak fikir..wuwuwummg letih badan kot dan adik ku balik esok sebab dia dah habes exam..bestnya dia!~ aku?? kena stay lagi 2 minggu..ahaks! sebab nak final exam..lalalala~ doakan aku ek ^^ 
serius malam tadi tdo awal dalam keletihan..
MySpace
hehe..bukan letih apa..?letih naik kenderaan itu dan ini,,makan masa,dan..bla bla bla..tamat sudaa cerita aku..bab makan?? sampai je kampus dah selesai bersihkan diri dan solat terus makan..nyum2..tapi letih punya pasal.xberapa selera.Nasib xde ape2..syukur tuhan mempermudahkan urusan ku..alhamdulillah (n__n)

nota buat tersayang---> terima kasih kena memahamiku:)
ilysmmdh!..slmt bekeje..
.:.have a nice to all blogger.:.
slmt berblogging dan berblogwalking

---;--'-{@
~dawia honeyputri~

Saturday, 24 April 2010

ღ..Doakan keSejahteraan tOk wanku..ღ

Salam buat sahabat teman rakan blogger dan reader sekalian,,
berita terbaru yang aku terima dari home sweet hOme...Satu-satunyanya tok wan yangku ada sekarang tak berapa sihat..mudah-mudahan tok wan cepat sembuh dan kembali senyum..wiyah saYang tOk wan Salleh mak,,ayah,,pak2 menakan,,mak menakan dan anak menakan,menantu termasuk cucu-cucumu seisi keluaraga mendoakan wan..
tok wanku tersayang genap 70 thn(tahun ni)

Gambar nie xclear sb my lil bro adik Badrul aku snap pic tok wan secara candid.sebab gambar nie je yang ada dalam nsetku sekarang..yang lain  dalam kamera kat umah.Sebenarnya aku dapat tau ptg tadi pabila mak sms aku bagitau wak sakit terukmalam tadi sampai tak boleh makan akibat sakit..dan hanya makan moi (bubur dalam loghat kedah) je T__T
tok wan aku sebelum nie sihat je dari segi luaran dan sangat suka tersenyum..jadi orang kampung suka mendekati beliau..Haji Salleh Bin Lebai Yusuff adalah empunya nama tok wan aku atau bahasa bukunya datuk.Beliau seorang yang cintakan ilmu dunia dan agama.Seorang yang amat aktif dan jugak berjawatan tok imam di kampung halamanku di nun di utara semenanjung Malaysia..saje aku ceritakan serba sedikit tentang my beloved tok wan dan untuk pengetahuan korang cuma satu2nya tok wan yang aku ada dalam dunia..selepas kematian arwah tok wan Abd Rahman(datuk sebelah ayah) pada kira-kira 11 tahun yang lepas akibat  sakit buah pinggang dan kencing manis..dan kini tok wan Salleh aku pulak jatuh sakit..dengarnya mak cakap padaku tok wan mengalami ketumbuhan pada kalenjar prostat dan membengkak..Ya Allah terkejutnya aku mendengar berita tue petang tadi..sungguh aku harap tok wan cepat sembuh..kawan2 dunia blog dan sahabat buku wajah aku berharap sangat-sangat korang mendoakan kesejahteraan sihat tubuh padan tok wan ku ye..hanya Dia yang dapat membalas kebaikan kalian..amin ya rabbal alamin.*
tapi alhamdulillah kedua2 tok (nenek)aku masih sihat walafiat..syukur sangat!! dan aku harap doa kalian menyembuhkan tok wan yang aku sayang..
moga tok wan cepat sembuh dan dipanjangkan umur..kurangkan segala penderitaan yang tok wan tanggung..moga tok wan selera untuk makan dan tersenyum semula..keluargamu amat menyayangimu..! dan cucu sulongmu ini amat rindu dan sayangkan wan Salleh!~

Berita nie buat aku tak sabar nak balik umah dan jenguk tok wan kaat kampung..huhu:( mmg sedeh masa bulan 2 hari tue balik tak sempat singgah kampung..nyesal! tapi harap tok wan xape2..same2 la kita berdoa ye kawan2..
aku ucapkan berbanyak terima kasih pada kenkawan yang mendoakan kesejahteraan wanku di facebook aka buku wajah..dan moga kawan blog jugak ek..hanya ALLAH yang balas atas kebaikan korang :terima kasih:


nota buat tersayang-->moga ahli kelurgaku 3 ganerasi bersabar..
dan buat si dear moga cepat sembuh dari demam:(
tok wan..jangan lupe makan ubat dan segera ke hospital..
cucu2mu  di perantauan mendoakanmu dari jauh..
serius tak sabar jumpa tok wan T__T

---;--'-{@
~Dawia honeyputri~
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi