Salam semua reader terhebat..
malam nie nak kongsi tips yang mungkin boleh diamalkan untuk
berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan:) ekceli aku bukanlah orang yang suka berdiet..pasang badan segala tapi diet adalah elok untuk kesihatan badan bagi mengelak obesiti dan mengundang penyakit..
kerna dari makanan adalah punca penyakit..
opsS..aku xsure statment tue tapi diet seimbang
adalah yang terbaik buat kita:) jom usha tip mudah nie..
.:.JANGAN BUAT.:.
1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi
(ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.(tapi makanan nie la yang paling aku suka)
2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.(memang banyak dalam masakan tapi cuba elak pengambilan kerap)
3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya..(memang sedap kan..tapi xberkhasiat}
4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh, kopi dan coklat. Kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.(nasib aku xminat kopi tapi teramat suka coklat..huhu)
.:.CUBA BUAT.:.
1. Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. (yup,,aku akan cuba sedaya upaya)
2. Anda kena banyakkan makan sayur dan makanan yang berasaskan soya.(nak makan tempe dan tokua la..pastu minum air soya banyak2!~)
3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti! (cubalah kawan2 sumer)
4. Anda digalakkan sangat-sangat untuk bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)---> orait nie aku suka buat time g clas je la jalan kaki berkilo2 meter
5. Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap-usapkan bahagian-bahagian yang banyak lemak seperti perut, peha (usap seperti seolah-olah kita mahu memujuk), sambil mengatakan bahawa ; “Wahai lemak, aku mahu kurangkan kamu supaya badan jadi lebih ringan untuk beribadah pada Allah. Susutlah kamu kerana Allah. (walaupun agak lucu tapi ia adalah satu perbuatan berdoa dan meminta pada Sang Pencipta)
Rajin-rajinlah usap dan bisikkan kata-kata ini pada tempat-tempat yang banyak lemak. InsyaAllah, berkesan. (amin YaRabbal Alamin)
try la korang ek..kalau tak boleh secara mendadak..
kita try jalan pelan2..
bak pepatah Melayu ada cakap..
"biar lambat asal mujarab"
huh ada ker??..ada la..tapi tukar sikit ayatnye..
harap serasi dengan situasi dan keadaan kadang2 ok jugak..
kan3?..selamat mencuba ye!!~
--;-;-'-{@
~Dawia~
salam...
ReplyDeletexper post yg sama...berkongsi ilmu...hehehe...nice info kan... :)
betul ugak kan kak Adah..:)
ReplyDeletedapat kongsi2 ilmu..
tenkiu kak..^^
nk kecikkn pinggul??hihihi ;)
ReplyDelete