Salam pembuka bicara buat blogger semua..
petang yang hening nie aku nak kongsi pulak 7 perkara yang perlu kita displinkan diri..Pabila melakukan konsep ini dengan sama rata adil dan saksama, korang berpeluang membina kehidupan yang lebih seimbang. Samada korang sesiapa pun,,konsep ini boleh digunakan oleh sesiapa saja yang ingin melaksanakan matlamat hidup..
petang yang hening nie aku nak kongsi pulak 7 perkara yang perlu kita displinkan diri..Pabila melakukan konsep ini dengan sama rata adil dan saksama, korang berpeluang membina kehidupan yang lebih seimbang. Samada korang sesiapa pun,,konsep ini boleh digunakan oleh sesiapa saja yang ingin melaksanakan matlamat hidup..
Apabila korang dapat mengimbangi ketujuh-tujuh perkara di atas,korang akan dapat merasakan kenikmatan yang berpanjangan..kalau ikut konsep nie ler..insyaALLAH..
Kerohanian
Korang yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini berpeluang beribadah. Bukan itu sahaja, korang juga mempunyai masa menghadiri ke kelas-kelas agama, mengaji al-Quran dan menentukan kawan-kawan dan ahli keluarga turut sama menyertainya. Malah, korang mempunyai aspirasi dan moral yang tinggi iaitu suka menghulurkan bantuan dan sentiasa melakukan kerja-kerja amal. Mempunyai kadar toleransi yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah serta mempunyai pendirian yang teguh, antara perkara yang dapat dilalukan. (nak amal berterusan)
Kekeluargaan
Masa yang berkualiti adalah masa yang dihabiskan bersama ibu dan ayah serta adik-beradik.Korang yang mengamalkan konsep ini mempunyai matlamat lebih mengutamakan kasih sayang, hormat-menghormati, ikhlas dan sentiasa membantu dalam apa jua masalah yang dihadapi. Apa yang penting, kejayaan yang dikongsi bersama kerana korang tidak pernah tamak dengan segala kurniaan Allah. ( famili first dan jugak org2 tersayang ^^)
Kesihatan
Kesihatan penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya kita bertenaga, banyak perkara dan matlamat yang boleh dilaksanakan. Paling penting ialah masa untuk bersenam. Selain menyihatkan badan, dapat jugak meningkatkan minda yang cergas. Bagi yang mengamalkan konsep keseluruhan insan ini,korang akan jadi seorang yang pandai membahagikan masa dan tahu tentang pemakanan yang sihat, diet dan gaya hidup yang positif.
(insyaALLAH akan ku praktik kan)
(insyaALLAH akan ku praktik kan)
Kewangan
Dari aspek kewangan, korang yang mengamalkan konsep ini merupakan manusia yang pandai menghargai nikmat hidup, tidak kira besar atau kecil pendapatan mereka. Memandangkan korang pandai menguruskan wang yang dimiliki,korang juga sentiasa berkongsi semua keuntungan dengan ahli keluarga yang lain. Maka dapat juga bijak merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan baru untuk proses penimbunan sambil mengekalkan modal untuk menjana pendapatan melalui perubahan kehidupan..
(betul tue..sokong sgt! )
(betul tue..sokong sgt! )
Kerjaya
Dengan mengamalkan kod tata susila yang positif dan bekerja menuju ke arah produktiviti, konsep keseluruhan insan dapat mengajar seseorang mencari pengetahuan dan kemahiran melalui kerjaya mereka. Golongan ini gemar mengambil bahagian dan menyumbang kepada industri dan profesion masing-masing. Maka korang juga mempunyai kelakuan yang profesional dalam menjalankan tugas harian..( time study pun dah kena praktis nie)
Perkhidmatan
Pengamal konsep keseluruhan insan ini sentiasa menyumbang masa, tenaga dan kepimpinan serta kewangan kepada masyarakat, persatuan-persatuan bukan kerajaan, badan-badan amal dan institusi-institusi pendidikan secara sukarela tanpa mengharapkan keuntungan.
Pendidikan
Gemar hal melibatkan pemikiran dan kemahiran baru merupakan tabiat yang diamalkan golongan ini. Korang juga suka mendapatkan idea-idea baru yang dapat membantu diri dan keluarga memperbaiki taraf kehidupan yang diidam-idamkan..(mudah2an..dan dengan pendidikan seseorang itu dihormati)
Korang2..jom kita amalkan konsep ini,xmustahil kita akan mencapai kehidupan yang seimbang. Apabila semuanya dapat dilakukan dengan seimbang, ia bermakna kita juga akan mengecapi kebahagiaan menerusi kewangan, jasmani dan rohani. Apa saja dugaan yang dilalui, kita akan menempuhinya dengan tenang..InsyaALLAH..
nota buat tersayang--> rinie adikku liyana dah gerak balik kampung bercuti sem..moga selamat sampai ngah:)
--;--'-{@
~Dawia honeyputri~
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥