Monday, 5 April 2010

ღ ..Doakan Daku..ღ

Salam semua reader yang sudi mengunjungi blog kiut miut nie,,
petang nie nak cite pasal kisah yang berlaku pada aku tepat pukul 2.00 petang tadi..yang mana aku masa tue tgh on de way pegi kelas Proficiency English (2).
dan aku masa tue macam biasa setiap hari isnin aku akan pegi kelas naik moto dengan memberku,Siti Farhana ..bukan pe sebab dua orang je..
kalau tak ramai time masuk  kelas lain..huhu..


keyh sambung citenya..kami bertolak caam biasa naik moto dan aku membonceng sebab moto itu milik Ana,,gelaran untuk member aku nie..
so,,bertolak ok pada mulanya dan member aku biasa je bawak xtak aju dan tak
perlahan sangat..tapi elok je bawa aku pun tak sedar camana..sampai di satu bulatan dan kami tak sempat lalu pun jalan itu tetiba kete satria putih berenti..aku pun tak pasti sebab aku dok belakang dan duduk pun ala-ala sopan sebab pakai baju kurung..walau nmpak cam bahaya tapi aku dah biasa..dan yang tidak biasanya mana ada orang berenti bila nak melalui bulatan jalan..dan dengan tidak semena-mena member aku membrek kan motonya dan akhir sekali kami berdua jatuh..ekceli aku tak sedar puin masa bila aku jatuh.huhu..serius aku tak tahu menahu dan tiba2 cam mimpi aku dan bersimpuh di jalan tar yang panas..setelah kedua2 lutut aku mendarat:(
Ya Allah,,,masa tue rasa cam jatuh menyembah bumi..aku selalu macam tue..selalu tak sedar masa terjatuh moto T_T..
yang aku ingat aku memandang persekitaran masa atas moto dan last aku dengar suara Ana,,menjerit sambil dia pun jatuh 
bersama2 aku sambil  berkata "kenapa brek"?!

Dan kebetulan masa tue ada seorang mamat bawa moto berenti,,ada seorang kakak berpayung serta pak cik tukang kebun melulu bertanya pada kami ok ke tak??..dan aku dan Ana sekadar diam kerana terkejut habis..tmbah2 aku yang dok belakang tak tahu menahu apa yang terjadi..mmg aku terkejut dan rasa sakit di kedua2 lututdan siku kian terasa..dengan cuaca panas..hanya Allah yang tahu keadaan aku dan Ana..yup,,masa tue tiba2 datang satu perasaan pening,,gelap mata..aku pitam dalam sedra..dan kakak berpayung tadi mula panik..pakcik dan mamat bermoto bertanya aku bertalu2..dan aku tak boleh berkata apa2..setelah sekian lama baru,,aku cakap.."kak,,saya gelap mata kak.." masa tue aku betul2 tak larat dan tak bangun lagi dari tempat aku jatuh..
seraya (sori pakai ayat buku) dengar suara mamat berkereta satria putih bertanya.."ok ke?..xde ape2 ke?"..dan aku masih ditemani kakak tadi langsung tak cakap apa..dan Ana aku tengok maintain je walaupun dia sakit..tapi dia sempat bagitau aku seluarnya koyak..tapi aku macam tak pecaya aku jatuh di situ..besar sungguh kejutan itu,,serta merta mata aku gelap..
cepat2 mamat berkereta satria putih itu masuk keretanya dan menyusuh kakak tadi masuk aku dalam kereta dia..aku masih sedar waktu itu tapi aku tak nmpak jelas cuma boleh dengar suaranya je..
Ya Allah,,masa tue aku betul2 tak larat..dan aku tak sangka efectnya begitu teruk..sampai2 mamat tadi cepat2 bawa kau g klinik:(

Dalam kete dia cuba cakap2 denagn aku,,aku try cakap dengan dia..tapi aku tak bermaya..serius..! eksiden nie betul2 effect pda aku kuat sangat..
dan mamat ini lagi panik..almaklum lah aku dan dia je dalam kete..
kawanku,Ana..dia sedaya upaya bawak moto sendiri di belakang kami..
aku jugak risau dia..walaupun nmpak dia kuat tapi dia tak nak sebab nak bawa moto sendiri tapi aku yang lembik..sampai je kat klinik kampus..
betul2 sampai depan pintu klinik..kebetuln klinik belum buka sebab  lunch hour..aku yang dari tadi gelap mata dah tak boleh buakak mata..serius aku tak boleh..mintak Ana papahkan..
dalam sekelip mata aku muntah..Ya Allah..dugaan apakah ini??..
sesungguhnya kau dah tak boleh tahan muntah lagi..betul~
dan mamat tadi dan Ana lagi bertambah risau..baju daan tudung aku habis terkena hemburan muntah yang tidak semena-mena keluar dari mulut aku yang buat aku lagi bertambah tak larat.Ya Allah....
masa tue malu sepasal dan tak laratnya sepasal..
kenapa efect jatuh moto di tengahari macam nie jadinya..
aku tak tahu..tapi masa tue aku betul2 tak bermaya:(
dan tetiba aku dengar mamat tue bagitau ana supaya tnggu kejap dan ana pun suruh aku tunggu kejap..aku tak faham kenapa tapi aku gagah jua..
berdmpek di tepi dinding..rupanya Ana cari tandas,mamat tadi g beli air mineral..nmpak betul keikhlasan mamat tue..dan gabra benar dia takut dia dipersalahkan..aku tabik dia! sebab ada orang yang baik hati lagi di dunia nie..
dan gegas ke tandas tanpa fikir orang keliling yang memerhati..sungguh aku malu sebab sisa muntah masih ditudung..nasib aku pakai tudung warna hitam dan baju kurung warna cokelat..huhu..
sampai je kat tandas,,perut aku pun macam ditarik2 urat perut segalanya dalam sisa perut aku muntahkan..(sori kalau korang geli) tapi aku just nak cite saat aku masa tue..Ya Allah sekali lagi aku diuji..keluar semuanya dalam perut aku..malunya..Ana yang teman aku dari tadi panik dan mamat tadi yang dok kat luar bertambah2 panik..serius aku tengok dia cam suami tunggu isteri bersalin..opss! terlebih sudah..:) dalam hati aku berbisik..hehe
sempat aku geli hati dengan mamat tadi..Ya Allah mas tue aku betul2 tak larat..aku cuma jatuh tapi kesannya sampai gelap mata dan muntah2..dan mesti orng yang tengok panik..aku bukan sengaja tapi aku pun tak sangka..
dalam aku dok cuci sana sini..dengan Ana ngaan mamat tue bercakap nak bawaak jugak aku pegi klinik..

tapi aku cam tak larat sangat.Sebabnya diorang nak bawa aku pegi klinik luar..serius aku rasa tak apa2 cuma kesan eksiden tadi buat aku jadi camni..
jadi aku cakap terus terang dgn diorang aku cuma nak rest je..mamat tadi tak puas hati..nmpak cam dia betul2 rasa bersalah..jadi aku nmpak Ana dan dia bertukar no telefon..dan kami bergerak ke tempat kereta..
Ya Allah..malunya aku nak naik kete dia sebab bau muntah..tapi lega jugak tak termuntah kat dalam kete satria dia tue..nak tak nak aku naik jugak..
dan dia pun nmpak tak kesah..aku masih tak kuat..luka di kaki2 amat lah sakit temasuk siku dan tapak tangan..dia langsung hantar aku masuk dalam kampus betul2 bawah blok pangsapuri aku tinggal..tunggu kejap Ana sampai dengan motonya dan langsung aku keluar dari kereta..
dan kami berterima kasih pada mamat tue..
aku masa tue rasa comot sangat!!..uhuk T__T
dan kami naik berdua perlahan2 sampai tingkat 3..
aku rasa matku gelap semula..ye,,terus gelap dan masuk pintu rumah nmpak tak nmpak..Ana bukakan kunci pintu bilik aku dan dia hantar sampai ke bilik..
dan dari bawah blok lagi..dia dah menagis sebab buat aku macm tue..
aku pun tak salahkan di lagipun mende nak jadi kita mana tau..
qada'dan qadar tuhan..lepas je aku minum air putih..
aku rehat,,peluh pitam masih ada.Aku suruh Ana balik umah dia sebab rasanya aku dah x ape2..nak rest dan bersendirian je.
pale sakit.denyut2 luka lagi la..hidung pedih dan segala macam lagi..
dan sempat jugak sebelum Ana balik dia pesan aku call dia kalau da apa2..
dan dia bagitau aku mamat tadi..namanya Aliff..
aku pun ok dan terus baring..dan kelas kami langsung kami tak dapat pegi..nmpak Ana masih sedeh..aku faham perasaan dia walau dia sakit jugak dan  seluar putihnya yang baru koyak tapi buakan itu yang dia sedehkan tapi dia sedih sebab bawa moto dan buat aku jatuh dan luka seteruk ini..
tapi lepas rest..aku mandi dan cuba sedaya upaya walau sengal dan sakit..
lepas tue letak ubat gamat..dan rasa segar balik walau pale berat..
keyh sekaraang nie aku masih terasa kesan jatuh moto yang kali ini ntah keberapa kali..tapi nie1st jatuh eksiden sebagai pembonceng sopan (duduk sebelah je)so,,jangan tiru gaya aku ek..Apepun aku bersyukur aku tak ape2..
cuma luka ringan.dan effect teruk ya amat..

nota buat tersayang-->bagitau si dear dalam keadaan dear busy di opis..
terima kasih pada Ana..nie kenagan kita..huhu:)
an pada Mr.aliff,,amat berterima kasih dari saya..sy amat hargai pertolongan awak..dan awak mmg baik hati,,so jangan susah hati ek..saya xape2..:)
incik bf tolong jangan jelous..:-p
Get Well Myspace Comments

Get Well Myspace Comments

---;--'-{@
~Dawia~

2 comments:

  1. Saya harap ketika awak baca komen ini awak dah sihat dah...

    Pitam? Gelap mata? Dulu saya pun pernah kena. Rupa-rupanya tanda sakit gastrik dan angin dalam badan. Saya rasa apa yang berlaku kepada awak tu bukannya kesan hentaman eksiden tu, tapi disebabkan oleh perasaan awak terlalu gemuruh. Angin masuk badan. Tu yang sampai pitam dan muntah.

    Semoga awak masih sihat selepas baca komen saya ni..heheh..

    ReplyDelete
  2. Salam...
    get well soon.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi