Saturday, 10 April 2010

ღ..3 dalam 1 Perasaanku..ღ

Assalamualaikum dan salam ceria kenkawan blogger,,
Selamat pagi Sabtu dan moga kita semua sentiasa dalam hendakNya
insyaALLAH..dan hari nie mood aku amat heppi dan teruja kerna malam tadi dapat berita yang sangat gembira dan tak sabar untuk aku tempuhi hari gembira itu..bertemankan suasana hujan rahmat di tempat aku kerna bangun je Subuh tadi yang aku sedar hujan sudah mencurah-curah di luar jendela bilik ostelku..hanya Sang Penciptaku tahu perasaanku sekarang ini dan sekarang 
pun hujan masih turun dengan nada perlahan..terasa kesejukan yang mencengkam selepas mandi sebelum solat Suboh tadi..hee..mata pun berat je rasa time nie..nasib hari nie xda xtiviti yang nak dibuat..dan mood mmg nak rehat puas-puas sepanjang rinie..yeay!!

 Hati aku sekarang dah tak sabar nak habeskan exam,nak pulang ke umah di Kedah dan segala2nya yang aku rindui..mudah2an masa cepat berlalu..
biarkan kenangan pahit pergi dan kita ceriakan dengan kenangan-kenangan manis yang sukar dilupakan..mesti indahkan sebabnya tak pyah nak serabutkan otak dan sesakkan dada.kerna setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan itu aku laluinya sekarang..terasa nikmat hidup ini penuh warna warni..ngee:) serius aku heppi sekarang
tak sabar nak catatkan 3 dalam 1 kegembiraan buat diriku yang tersayang..
dan mood sekarang nak rancang sesuatu yang istimewa buat si buah hati..
kerana kegembiraan aku adalah kerna si dear..my hubby..hihi
pagi nie aku luahkan apa yang aku rasa sebabnya puas..
maaf la nie n3 adalah cite tersirat samada hati dan hidupku 
yang mana perlu ditapis supaya tidak kesemuanya 
tersurat dalam blog kiut miut nie..^^ maaf yer ..

semalam selamat menjawab test akaun walaupun soalannya yang sentiasa susah yang amat..tapi aku terus cuba dan cuba sedaya upaya aku..harapnya
kejayaan dan markah yang banyak milik aku..walau sekelumit dalam hatiku menjawab ujian akaun amat2 lah tidak puas hati tapi redha itu penting
supaya hati tenang dan pale tak sakit..dan aku akan terus mencuba dan mencuba buat yang terbaik dalam final exam nnt..insyaALLAH..
keyh aku nak g fikir dan berangan untuk prepare 3 in 1 tue..
mmg teruja tahap dewa..(ayat novel) aku pinjam..
apepun aku nak wish harap korang bahagia selalu yep..
aku pun secara jujurnya bahagia dengan apa adanya aku sekarang nie..
dan moga wan kelabu berarak dan awan cerah mula mengorak
supaya mentari pasti muncul ditemani pelangi indah..
waa...lamanya tak nampak pelangi...dengan nada sedeh:(
serta merta cik empunya blog bangun dari kerusinya membuka
jendela bilik..mengintai pelangi selepas hujan..hee*
senyum lebar..apa yang dicari dijumpai di awan putih..heppiiinyaaa..
(>‿◕) (◕‿^)


salam ceria semua dan selamat berblogwalking
rakan2 blogger dan reader ye..
"smile in de world can make world smile at you back"

--;--'-{@
~Dawia~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi