Salam kiut miut sahabat rakan dunia bloggerku..
Sedang daku menCari ketenangan untuk apa yang berlaku rini..
aku penuhi dengan membaca dan godek ilmu di alam maya..
Malam nie nak kongsi rahsia jari kita..Jom teroka dan renungilah apa yang aku nak tulis nie sebagai tatapan kita semua..ciptaan tuhan memang unik..:)
..keyh pergi kepada rahsia jari yang aku akan kongsi yek..
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,try korang perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, korang sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah korang??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari korang yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?
Nota buat semua--->malam nie line celcom merajuk tahap max
mengalahkan aku sebab langsung xleh call..msg boleh pulak..erkk..heran??
..Dunia..Donia..wOrld..tapi apapun kawan2..aku sayang jari jemariku:)
mengalahkan aku sebab langsung xleh call..msg boleh pulak..erkk..heran??
..Dunia..Donia..wOrld..tapi apapun kawan2..aku sayang jari jemariku:)
--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~
nice entry...suka sgt...tq...;-)
ReplyDeletetenqiu ^^
ReplyDeletemudah2an...
hehe
mendalam..
ReplyDeleteterima kasih di atas ilmu yg berguna..
:)
baik ^^
ReplyDeletesama2...
moga ukhuwah terjalin..
sy suke yg part naik kpd jari ketiga tu...buat sy mkin berhati2 ngn hidop yg penuh ngn ranjau ni ;)
ReplyDeletecomey nyer blog dier....
ReplyDeletesalam kenal dari kak yanie gebu
^_^
yeke sugar2 kapas...
ReplyDeletealhamdulillah ^^
betul tue kan..
sayaa pulak suke kesemuanya
:)
salam kenal kembali kak yanie gebu...^^
ReplyDeletetenkiu..saya suka blog saya (:
(n__n)
thx for sharing..
ReplyDeletenice blog 2..
ur welcome:)
ReplyDeletetenkiu makdara terdiva ^^