Monday, 13 December 2010

Cantik Hati Cantiklah Rupa paras :)

Bismillahirohmanirrahim dan salam pagi Isnin buat semua :)
Mulanya nak cakap sebagai seorang perempuan biasa biasa, apa korang rasa bila berangan menjadi puteri raja yang menantikan putera makhota datang menjemput menaiki kuda.. so sweet kan? ;) memang aku kuat berangan. Berani ngaku tu. Sebabnya mustahil seorang remaja perempuan muda ceria terang tang tang tak berangan kan?.. kadang kadaang seawal gadis sunti dah berangan nak jadi puteri kayangan laa.. macam cerita dongeng..hehe.

Sebenarnya setiap perempuan idamkan putera hati yang hensem, kacak bergaya..dan bahasa zaman sekarang badan yang taff.. rambut menawan guna jari pun boleh settle kan kekusutan.. paling penting gentleman dan romantis gittu! siapa tak nak kan? tapi bukan semua yang kita nak sekali petik dapat.. memang tak mustahil tapi amatlah susah kan? sebab kalau rupa paras menawan gantang, hati pulak zero dan kurang baik.. tak menepati citarasa pulakk kan?.. nahh kalau muka garang, tapi hati baik pun jarang jugak kita jumpa. Dalam dunia Allah dah cipta semua orang tidak sempurna begitu jugak dengan pilihan hati iaitu kekasih hati yang HALAL !
my precious :)

Suka aku tengok pasangan yang dah kawin secocok dan sepadan..nampak bahagia terasa. Memang kadang kadang ada sedikit kelemahan macam perempuan cantik, lelaki tak..dan sebaliknya. tapi aku percaya pada jodoh. Kalau itu ketentuan yang diberiNya.. Tiada apa yang dapat mengubah selain kuasa Ilahi..insyaALLAH :) tetiba aku cakap pasal berangan, mimpi, kawin, jodoh bagai ni sebab terperasan satu babak filem yang best..nampak macam teringin nak menaip sesuatu dengannya:)


Siapa tak suka lelaki kacak? bagi perempuan lah.. dan siapa pulak tak suka perempuan cantik, anggun bergaya..dan ini mestilah citarasa lelaki.. tapi bagi aku dan pendapat aku, biarlah cemana pun rupa paras seseorang..sebab ia memang diciptakan Allah S.W.T dengan elok, cantik moleknya tanpa cacat cela..tapi biarlah pandang baik hati budinya.. kerana manusia ni amatlah unik dan istimewa, makhluk yang diCiptakan Allah Yang Esa kerana mempunyai akal untuk membezakan yang mana baik dan mana yang buruk.. Bagi aku rupa paras tak penting, janji hati dan baik budinya sudah mencukupi.


Kata orang tua tua, biar baik hati budi kekal dalam hati..rupa paras hanya sementara, tapi bila dah dimamah usia, semua itu hanya pinjaman semata mata. Aku nak cakap, bila hati dan cantik, manis perlakuan, mesti rupa paras yang semacam mana pun akan nampak molek dipandang.. itulah cinta sejati yang aku cari.. sebab aku percaya, lelaki dan perempuan yang sememangnya kacak dan cantik, pun punya citarasa masing masing dan berbeza :)
mencuba menjadi perempuan solehah :)
Menjadi puteri raja siapa yang tak mau? disunting putera hati.. tapi sekarang dah tak mustahil. Sebab bila dah tertulis di Lut mahfuz dia jodoh kita, maka kita akan jumpa mr dan mrs right sendiri..dan masa tu pun puteri dan putera akan disatukan dalam perkahwinan yang dipanggil raja sehari :) maka kita semua walau siapa pun boleh jadi raja sehari dimana sebagai seorang perempuan yang mengharapkan putera raja datang melamar.. hanya masa yang sesuai..pasti kita akan jumpa :$


Okiehlah, dah tak sabar nak taip entri kedua dah nih :) Selamat berblogging semua.. aku rasa makin semangat untuk berblog sejak sejak masuk tahun baru Islam, azam baru nak naikan earning ! dan banyak lagi..ngee :'D minta maaf pada yang nak masuk blog ni selama satu hari atas sebaab.. nnt aku kasi tau daalam entri seterusnya.. selamat bersabau ^________^ See U!
----;----'---{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi