Wednesday 29 December 2010

Hari Ceriakan Semangat..ngee:D

Assalamualaikum dan selamat pagi =) bangun awal pagi ni sebab dah tak terasa nantok. Hapdate apa yang patut.. rasanya mood dah berubah. Ok, cari semangat kawan kawan. Sesudah subuh, membaca Al-Quran..aku rasa mood positif datang..kalau sebelum ni hati tak besh dan pagi ni hari dah rasa macam ada spirit penunjuk jalan.. maklumlah aku manusia biasa yang kerap alpha. Bila sujud padaNya rasa kerdil menerpa diri.. siapa lah aku yang kuat beremosi sedangkan kita di dunia ini pun hanya sama diSisiNya..

Buka hari baru, dengan semangat berkobar kobar untuk belajar dan ceriakan hari ini dengan penuh kesyukuran dan tiada lagi penyesalan.. mak kembali pulih sedikit demi sedikit dan harapnya kembali pulih sepenuhnya. insyaAllah..amin* Dalam diam tak diam aku dah nak dekat sampai midterm dah..lamanya terasa bila student lain bercuti, aku ni haa dekat U, masuk sem baru..bila diorang mula sem baru dan aku pulak dah sampai midterm.. ngiau dengar, tapi tak sabar nak balik kampung next week.Hee:'D hati ni amat teruja.. tambah tambah kawan sekuliah, dia cakap Puduraya dah siap renovate. Tinggal nak rasmi dan boleh digunakan..yihaa(!)

Heppinya hati bukan kepalang, bukan apa bila Pudu yang memang ditengah tengah bandar tu siap, alamatnya senang la aku nak cari transport. Tap payah tergodek godek naik banyak biju bas dah nanti..harap harap macam tu la.. sebab kata membe yang stay kL tu, dah makin cantik Pudu siap canggih dengan penghawa dingin lagi. Kiranya, makin maju dan makin selesa la penumpang bas macam aku ni haa.. tapi sebut pasal bas, sekarang banyak sangat terjadi kejadian tak di ingini..tapi itu semua dugaan dan ketentetuannya. Tapi aku takut bila fikir.. siapalah tak takut mati*
Hari ni ada dua kelas, Selling dan investment..hooyeh:'D sila heppi sebab petang ni adaa kuiz.. selamat menjawab kuiz untuk aku petang nanti dan selamat belajar untuk pagi ni dengan lecterur yang superb tak best-______- mudah mudahan ilmu yang diajar, senang masuk. eh eh nak masuk tahun baru la uOols..dah buat azam baru ke?.. hari ni dah 29hb.. cepatnya(!).. dan pasti pasti minggu depan, aku banyak test, dan selebihnya test selepas cuti..ngee. Tak kisah la yang penting, aku dapatbalik cuti midterm nih walaupun seminggu.. Ouh itu sudah cukup bebeh..senyum lebar ^________^ v

Oklah nak bersiap siap pegi kelas dulu. Entri ni aku taip laju laju, apa yang terlintas je aku taip.. maklumlah gian nak menaip entri ;) aku cuma nak cakap, waktu belajar ni memang best..Jadi, aku nak hargainya betul betul ;) nekad dan nak buat azam 2011 nanti. Kelas aku pukul 10 pagi.. selamat belajar buat kawan yang nak ke kelas, dan selamat menghabiskan masa cuti semester kalian pada student yang cuti sem sebulan macam adik aku..See U(!) teruskan amalan ziarah menziarah, insyaAllah lapang nanti aku blogwalk balas untuk uOols okieh..Salam ceria dan teristimewa  ilysm my dear

2 comments:

  1. gud luck untuk kuiz ptg ni
    jiayou~~!!
    :)

    ReplyDelete
  2. wia...bestnya study yea..
    ain thn depan baru nak smbg study balik


    doakn ain bjaya smbg stdy yea.. ;)mmuahh

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi