AsSalamualaikum dan salam ceria petang Sabtu buat uOols sekali. Selamat berhujung minggu pada sesiapa yang tengah bercuti.. dan sesiapa yang tengah bekeja..harap keje dengan tabah :) pagi tadi tengah tengah dok on9 sedap sedap kononnya nak hapdate entri di pagi yang hening lagi segar..tetiba spoil betul bila tenet merajuk sekejap. Dia off tanpa bagitau dulu..kemudian pegi lari line macam tu je T____T penat cari line, shut down blog lalu beristirehat sambil menonton :) ecece..tapi dalam hati memang tak puas sebab tak dapat blogwalking ngan menaip entri..-______-
Baru buka tak sampai setengah jam pun, tenet merajuk kena la sabar:) lepas masak lunch dan makan sekali dengan membe serumah..tengok kejap cite Tv2 kat depan, macam best jugak tapi kerinduan nak on9 semakin membuak buak. Aku onn lappy dengan harapan tenet tak majuk lagi.. syukur (!) line dah ok..terus sign in blog dan Fb cam biasa. HikSs..keriangan desitu ye..
Ok, entri kali ni aku nak cakap pasal asam Jawa.Nampak macam biasa biasa je kan? :) kalau korang penah tengok buah dia memang unik kan?..bau buah di atas pokok pun dah dapat rasa bau kemasaman buahnya ;) masa tu aku dekat kampung. dan desitu laah petama kali aku melihat buah asam Jawa..memang cantik bewarna cokelat..Kalau makan buah yang masih muda..memang ngiau la masamnya (!) ngee:'D ngilu..tapi memang superb sedap. Tapi kalau yang dah masak selalunya yang kita guna. Dan banyak kaedah digunakan. Contohnya buat gula gula, macam duit duit yang aku suka makan masa kecik kecik.. asam jawa untuk dalam masakan. Dan jangan tak tahu banyak jugak khasiatnya;)
sedap ^______________^
masam masam manis..
Nak tau kenapa tetiba aku jatuh cinta dengan asam jawa sebab jeng jeng jeng..Meh dekat nak cerita..sebelum tu, ini berkaitan dengan masalah seorang gadis seperti aku yang bermula bila seorang membe aku Fatin, bagitau yang asam jawa boleh kurangkan sakit sesungut senggugut :P Kan aku kata itu penyakit seorang gadis..Walaupun tak penah cuba, tapi bila dah sakit, semua nak pulih dan sihat. Jadi tak salah kalau nak merasai sendiri mujarab ke tidak.. baru tahu kemujaraban air asam jawa yang superb ni..Ok mengikut petua sahabat aku, mudah je nak buat air ini..cuma, ambil sesudu atau dua sudu asam jawa yang telah siap dibuang biji macam asam Jawa extra Adabi ataupun boleh jugak pakai yang ada biji..dan ambil airnya sahaja, seperti biasa. Tapi aku guna, yang tiada biji lagi cepat dan mudah.
Nak nak kalau sedang sakit kan?..Seterusnya, bancuh air dengan air suam bersama sesudu asam jawa dan sedkit gula sahaja. Tujuannya nak hilangkan rasa masam yang agak tidak terlampau ;) Kemudian bolehlah diminum..dan disulami dengan selawat ke atas nabi Muhamad S.A.W..mudah mudahan dengan usaha dan tawakal kita pada ALLAH yang Esa..Penyakit itu sembuh..dan Alhamdulillah, ada suatu hari tu aku cuba dan syukur ia mujarab(!) sakitku itu makin kurang dan malah ia melancarkan perjalanan seperti biasa.. betapa heppinya aku saat itu..
Dan dengan izinNya,aku akan teruskan petua ini pada setiap bulan..wink* Psstt kalau la aku tau petua ini dari dulu, paasti aku nak buat dari dulu lagi.. tapi rasanya tak terlambat lagi kan kawan kawan?:) Sebab banyak jugak petua yang aku buat demi kesembuhan sesungut yang aku alami setiap bulan..Maaf* aku suka sebut sesungut dari senggugut..harap maklum :') dan apepun petua yang kita ikut, berniatlah hendak sembuh dengan keizinanNya jugak..dan aku percaya di alam buana ini, setiap yang diCipta Ilahi adalah saling memerlukan dan ada keistimewaan sendiri begitu jugak buah asam jawa :)
Tetiba nak cakap..I LOvE aSam JaWa Rite Now (^_~)
Selamat mencuba buat gadis gadis yang mengalami masalah yang sama dengan aku ek :) Yang penting usaha dan tawakal..dan berdoa, kesembuhan dariNya..dan mulalah sukakan asam jawa ye sebab bila lama lama minum, ia banyak kebaikannya :) selain menyejukkan badan.. Okieh, selamat berblogging dan berblogwalking uOols blogger disegani:) misSing my dear Bf rite now..hiKss. Nak borak borak bergayut jap.. See U(!) eh..hari ni banyak kan cerita best best..Jom menonton jugak. Selamat bercuti..
----;-----'----{@
~Dawia Honeyputri~
fuh..kena try ni kalau senggugut
ReplyDeletetry jangan tak try tau :p
ReplyDeletemeleleh air liur! da lame xmkn asam neh :D
ReplyDeleteantara khasiat air asam jawa..
ReplyDeletebley kempiskan perut buncit.