Thursday 30 December 2010

Kembalinya Maklang Ke Rahmatullah..Al-Fatihah.

Salam sendu dari aku, cik empunya bl0g atas pemergian seorang ahli keluarga terdekat yang telah pegi ke rahmatullah malam tadi.. mulanya aku nak hapdate pasal bola malam tadi. Tapi tak tertahan rasa hati bila sebak mak saudara terdekat telah menghembuskan nafas terakhir setelah selesai game bola semalam. Patut lah aku terasa macaam satu perasaan tak besh malam tadi even perlawanan pasukan bola sepak negara menang...

Aku terkejut sangat, sebab macam tak pecaya.. tetiba dapat fon dari mak yang bagitau maklang aku ada ke tidak. Masa tu belum pasti, tapi tak mahu sedih melulu..tunggu untuk pengesahan dari pihak klinik berdekatan. Akhirnya, memang sah maklang aku meninggal dunia. Memang merembes air mata tidak tertahan lagi. 

Nasib, membe serumah seramai 5 orang tolong tenangkan aku dan barulah aku tenang bila menangis sepuasnya tengah malam tadi. sungguh aku tak sanggup nak menai pagi tadi entri sedih ni:'( aku terkilan daan sendu sebab tak dapat berjumpa dengan maklang sebab sekarang aku kat U..minggu depan baru balik Kedah.

Terasa sayu malam tadi, hati tak sedap dup dap dup dap..seperti mimpi dalam mimpi, aku gagahkan hati dan jiwa terima Qada' dan qaaar dari tuhan..kita sebagai hambanya yang masih hidup perlu terima ketentuannya dengan redha. Yang pergi tetap pergi..tapi aku dengar khabar dari mak, yang ank bongsu maklang hilang kawalan sehingga perlu ditenangkan oleh jiran..sebab tak pecaya. 

Termasuklah paklang aku yang lembik lutut langsung pengsan selepas denag berita kematian yang kebetulan paklang tak ada kat rumah masa maklang hembuskan nafas terakhir, sebab ikut ayah aku bawa tok(nenek) pegi ke klinik sebab tok tak sihat.. tapi itulh dah tertulis, bawa yang lain sakit tak apa apa, yang ditinggalkan pegi tanpa suami disisi T____T

Selepas sedekahkan Al-Fatihah dan membacakan surah Yasin tengah malam tadi, hati ini kuat untuk melepasi malam yang payah dengan 1001 perasaan yang bercelaru..tak sedap hati, sebak dan segalanya tenang. Cuba pejam mata dan lepaskan apa yang pergi tetap pergi..semoga roh maklang ditempatkan dalam orang orang yang beriman..Amin ya rabbal alamin*..dan maklang dengar khabar dari adik ku Nana, dibawa ke kampung halaman, di Kampung Kedah pada jam 2 pagi semalam..

Alhamdulillah, pagi tadi..awal awal keluarga ku pegi berziarah dan berkabung atas pemergian Maklang Sabariah buat selama-lamanya..innalillahiwainnalillahirojiunn:( dan dalam pukul 10.30 pagi tadi, jenazah arwah dibawa ke kubur untuk disemadikan.. aku sayu. Langsung takkan jumpa dengan maaklang dan jiran terdekat dah nanti. Dalam hati terasa sayu..tapi aku sedapkan hati, syukur masa raya Haji sempat dapat bersama, dan makan laksa masakannya. walaupun hari tu, maklang dah sakit :'( Moga maklang pegi dengan tenang..amin*
Kawan kawan bl0gger, doakan arwah maklang aku tenang disana.. Buat sepupu sepupuku yang dikasihi, tabahlah kalian atas pemergian bonda tercinta..aku faham makna kehilangaan nak nak hilang buat selamanya..sebak hati ini T.T tak sanggup nak menaip lagi.. Al-fatihah buat maklang. Kenangan bersama tetap dalam ingatan..diharap tenanglah disana mengadap tuhan Yang Esa.. yang pasti kematian mengingatkan kita yang hidup tentaang mati..Ya Allah takutnya mati...Sesungguhnya orang yang takut mati adalah orang yang sentiasa mengingatinya..Wallahualam~ berkabung aku desini seorang diri..

1 comment:

  1. Tabahla ye , kak .
    Semua yang hidup pasti mati dan setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan .

    Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman . Al-fatihah ~

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi