Sunday, 14 March 2010

Beberapa Pedoman KHAS buat Kaum Wanita 1

Salam hujung minggu semua:))
bila aku bukak blog..hati nie dah tenang walau gurisan dan calar itu..
masih terlekat dan terasa..jadi molek lah kiranya aku buat n3 berkenaan beberapa pedoman khas buat kaum wanita..baik yang dah kawin atau dah..moga dapat sedikit sebanyak info nie membawa kita keserasian yang berpanjangan..amin..:) aku cakap macam aku dah kawen daa..tapi xpe laa..persedian masa hadapan..huhu..
keyh aku taipkan..korang diucapkan selamat membaca..dan praktikan dalam kehidupan wahai wanita sedunia..kaum ku ^^

*Terima Lelaki agar dia menerima anda~
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda..aku terima dear seadanya..hmm





*Fahamilah Lelaki agar dia meemahami anda~ 
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda..mencuba dan mencuba..harapnya begitu



* Berubah untuk menikmati perubahan~
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya..mudah2an..aku berharap sangat!

 *Sanggup Memberi untuk menerima~




Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri..insyaALLAH..aku akn cuba*



*Percaya untuk dipercayai~

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.baik kapel atau ape2 hubungan pun..percaya penting



*Menangkan Lelaki untuk menang~

Menangkan lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang..huh! kena belajar nie



*Sifat negatif membuahkan kesan negatif~

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.banyak ikhtibar disini



*Bertanggungjawab akan menikmati kesan tanggungjawab~

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.walaupun aku blm kawen..rupenya macm tue tanggungjawabnya



*Kritikan akan membuahkan kritikan~
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula..huhu..nie yg selalu aku buat:(



--;-'--{@
~Dawia~

2 comments:

  1. errr..sbnrny kna gv and take la kn..
    kita hormat dia..dia hormat kita ;)
    brula aman hdup ;)

    ReplyDelete
  2. betul tue..
    setuju 100%
    terima kasih ataas tinta hati sugar2..
    ^^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi