Salam penghulu segala hari reader blog sekalian,,
aku baru je lepas test biz stat ( bisness statistik) pagi tadi..
rest..borak2..makan2 dengan kawan serumah..tetiba keluar topik bab darah..pelik kan?..hihi:))
maklum laa sembang kosong..*tapi bila aku fikir2..dulu aku mantan pelajar biologi..aku tau jugak la pasal2 darah nie..^^
ekceli kelmarin ada ekspo kat kampus sempena anti merokok dan dadah..siap da pc fair..jadi bila da ekspo ada la pemeriksaan kesihatan percuma..tue yang kluar topik bab darah nie..tapi bila cakap sal darah..aku paling fobia darah* xtau knapa dari kecik sehingga sekarang..huhu:(
tue bila nak derma darah aku fikir 5x..hikhik~
dan sampai sekarang jujurnya aku xpenah lagi derma darah atas sb2 tertentu dan nasihat doktor..waa..cam aku da penyakit bahaya lak..*
tapi aku dah tau darah jenis aku masa mula2 aku nak menderma dulu..:)) tue yang besh tue..tapi misi tue cakap..aku xleh derma lagi sb aku tecik lagi dan darah msh cukup2 untuk diri sendiri..jadi sb tue la aku xler derm keyh..bukan atas sebab lain ^^..(akta bukan auta) k!
Jadi terus je tadi aku terasa nak buat n3 pasal rahsia disebalik jenis darah..hihi* cam xcited minat sal darah..padahal tgk je pengsan..:(
tapi bab rahsia aku nak kongsi bila aku terbaca artikel nie..mmg besh! :)
~selamat membaca dan memilih mana satu kategori anda~
.:.DARAH O.:.
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
.:.DARAH A.:.
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
.:.DARAH B.:.
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
.:.DARAH AB.:.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..
dah baca dah tau..aku nak bagitau,,yang jangan korang tak tau setiap darah ada positif negatifnya..jadi jangan pulak terkejut kalau doktor cakap anda jenis darah AB +ve..hihi:)) cam ada dadah +ve pulak kan..(cuma bergurau k)* jangan simpan dalam hati..* try teka apa darah aku..dari jenis darah kita dapat tau emosi luaran dalaman kita..sampai disini dulu n3 ku kali nie...
nota buat tersayang---> rindunya pada si dear ❤
dalam hati..teringgan nak wedges itu??
dalam hati..teringgan nak wedges itu??
.:.salam manis bicara.:.
---;-'--{@
~Dawia~
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥